Tuesday, 3 June 2014

Kit Siang Salahkan Pengundi?!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya hanya 400 pengundi luar di kerusi Parlimen Teluk Intan menunjukkan kesungguhan pulang untuk mengundi, kerusi Parlimen itu sudah pasti menjadi milik calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud.


Malah, ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, keputusan sudah pasti memihak kepada Dyana Sofya jika tarikh pengundian dilakukan pada hari ini (Ahad).

"Jika 400 pengundi luar atau 1% daripada 40,236 pengundi keluar mengundi di Teluk Intan, Dyana Sofya akan menjadi ahli Parlimen Teluk Intan hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Lim berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi luar tidak mempunyai masa untuk pulang ke Teluk Intan kerana ia diadakan pada Sabtu.


"Jika PRK Teluk Intan diadakan hari ini, Ahad, pengundi sudah pasti boleh pulang ke Teluk Intan untuk mengundi dan keputusannya sudah pasti berbeza. Kita mesti belajar daripada kesilapan kita," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada parti komponen Gerakan, Datuk Mah Siew Keong atas kemenangan beliau. 

"Dyana mungkin tewas dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei, tetapi apa yang penting, kehadirannya mewakili Malaysia baru untuk memenangi perjuangan hari esok dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap politik baru.

"Perjuangan mencapai impian rakyat Malaysia diteruskan bermula semalam," katanya.

Mah menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi, menjadikan beliau memenangi kerusi berkenaan sekali gus menjadi ahli Parlimen Teluk Intan. – 1 Jun, 2014.

Dalam pada itu tindakkan sabotaj oleh "superman" DAP sendiri menyumbang kepada kekalahan ini dan masa yang sama LKS dan bala DAP akan terus menyalakkan kononnya Melayu menolak calon Melayu sedangkan kita sedia maklum itu adalah kawasan majoriti cina dan wajar hendaknya orang cina sendiri mewakili mereka.

Tiada apa yang baru dibawa oleh DAp sekadar ujian untuk melagakan melayu-melayu di Teluk Intan demi memaut hati (agenda baru DAP ini admin akan kupas sedikit demi sedikit kelak)

Tidak keterlaluan kiranya admin menyatakan kemenangan Mah Siew Keong berpandukan kepercayaan orang Cina kepada DAP kini terhakis kerana tindakkan mereka sendiri tidak boleh dijangkakan oleh penyokong mereka. 

Malahan jika dilihat dihari membuang undi dilhat kurang jentera DAP dalam merayu undi hanya segelintir barua sahaja yang terpekik terlolong sambil membawa 'kangkung' tanda kempen demi rakyat Teluk Intan

Ada yang memberi alasan kononnya setiap kali ceramah DAP di Teluk Intan mempunyai kehadiran yang SANGAT ramai tetapi kenapa tidak dikertas undi kerana sikap dan omongan kosong yang dibawa oleh DAP tidak membantu rakyat Teluk Intan yang dahulunya pernah mewakili mereka.








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kit Siang Salahkan Pengundi?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 3 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!