Wednesday, 25 June 2014

Khalid Ibrahim Letak Jawatan : Sam Ketot Suruh Khalid Berundur

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak untuk memberikan sebarang kenyataan mahupun pandangan berhubung desakan segelintir pihak yang menginginkan beliau melepaskan jawatannya sebagai pentadbir nombor satu negeri itu.

Itu respon yang diterima wartawan ekoran desakan secara terang-terangan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin semalam yang meminta Khalid untuk melepaskan jawatannya itu.

“Kami di dalam mesyuarat exco tidak mengambil masa untuk membincangkan soal itu,” katanya di dalam sidang media yang diadakan sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.


Untuk rekod, PKR sebelum ini lantang meminta Khalid untuk melepaskan jawatannya itu ekoran beliau dilihat kerap mengambil keputusan membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Isu Rampasan Bible Bahasa

Dalam masa yang sama, Khalid turut memberikan perkembangan semasa berkenaan kes rampasan bible Januari lalu melibatkan Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Menurut beliau, kerajaan negeri sedang menunggu arahan daripada pihak Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya berhubung status bible yang masih berada di bawah simpanan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Saya akan dapatkan laporan itu dahulu dari pihak peguam negara, selepas itu baru saya boleh beritahu tindakan apa yang akan diambil (sama ada pulangkan semula bible atau lupus).Bible itu sekarang masih ada di bawah jagaan JAIS, kitab itu tidak dilupuskan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Saharafuddin Idris Shah telah menitahkan JAIS segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama naskhah Bible yang dirampas akan dipulangkan atau dilupuskan.

Titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, agar JAIS bertindak mengikut undang-undang. -bnbbc.my

Tidak harianlah pemilihan PKR kali ini penuh dengan insiden berdarah kerana ada sesuatu yang jelas diselindungkan oleh mereka sendiri.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Khalid Ibrahim Letak Jawatan : Sam Ketot Suruh Khalid Berundur Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 25 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!