Sunday, 22 June 2014

Ibu Remaja Dikurung Telah Diberkas!

Ibu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai awal pagi Sabtu diberkas sebaik pulang ke rumah untuk siasatan lanjut.


Wanita terbabit dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Di dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu remaja lelaki itu sudah berpisah dengan suaminya.

Rohani berkata Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan sedang melakukan siasatan setelah melawat remaja itu di hospital di mana dia diserahkan.

Siasatan awal mendapati ibu remaja itu menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan. Dia turut mendakwa telah terputus hubungan dengan bapa anaknya itu setelah mereka bercerai.

“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati berlaku pengabaian terhadap anak OKU tersebut, kita akan menempatkan remaja itu di sebuah pusat kendalian JKM,” kata Rohani.

Tambah beliau, JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja malang terbabit. Jabatan Imigresen pada awal Sabtu menemui remaja OKU yang dipercayai menghidap penyakit ‘cerebral palsy’itu ketika melakukan Operasi 6P.

Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.

Mangsa dijumpai di dalam sebuah bilik yang dipenuhi sampah dan najis.

Sebaik dijumpai, remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.- astroawani


Berdondang sayang semua 1Malaysia menghentam si Ibu kononnya zalim dan tidak perikemanusiaan seolah olah tidak ada hak untuk membela diri. Sungguhpun perbuatan si ibu itu salah tidak wajar kita menyerangnya hanya kerana sogokkan nafsu.

Sabar, Negara ini ada undang-undang..Bukan membela tetapi kita kena rungkai setiap segi permasalahan ini untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi. Duk maki hamun si Ibu pun tak guna benda dah terjadi (mungkin hukuman setimpal wajar dijatuhkan kepada beliau selepas diadili).

Biar pihak yang berwajib membuat siasatan dan semoga perkara sedemikian ini dapat kita tangani dengan sebaik nya.

Admin percaya bukan anak ini sahaja yang mengalami nasib sebegini malah banyak lagi tetapi tidak didedahkan pada umum.

Jika dilihat dari perspektif kita sebagai rakyat Malaysia apakah yang membuatkan si Ibu tidak berakal untuk membiarkan anak kesayanganya sedemikian rupa?!

Nampaknya Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin boleh beri maklumat yang tepat KENAPA BOLEH BELAKU BEGINI..Susah nak dapat bantuan ke?!!!!


laporan Metro :

Tiada Siapa Sanggup Menjaganya Kerana Dia Cacat Ketika Saya Keluar Mencari Rezeki

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

Sumber : Harian Metro

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ibu Remaja Dikurung Telah Diberkas! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 22 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!