Wednesday, 4 June 2014

Gadis Pailang Pukul Rakan?!

Kecoh hinggakan Menteri Pendidikan pun mula buat siasatan terperinci dan gadis yang mengakui "pailang" ini bakal dihadapkan kemuka pengadilan."Pailang" pula adalah satu filem yang pernah menggegarkan panggung wayang sebelum ini, adakah dari situ mereka (gadis) meneladani perbuatan yang dilakonkan dalam filem tersebut?!

Kementerian Pendidikan sewajarnya memikirkan mekanisma atau pendekatan yang lebih baik dan berkesan dalam menangani kes sebegini. Kaunseling, Dibuang dari sekolah atau digantung sekolah tidak memberikan teladan yang baik kepada motivasi remaja zaman ini berbeza pada zaman dahulu.


Jiwa anak muda zaman ini perlu disentuh dan diterapkan dengan nilai yang positif dan satu tindakkan yang cukup memberi kesan jangka panjang kerana mereka inilah yang bakal lahir sebagai penganti kita suatu masa kelak.

Kes ini bukanlah satu-satunya belaku di Malaysia malah banyak lagi terutama membabitkan pelajar kolej dan universiti. Senior dan Junior itulah yang sering ditakrifkan oleh mereka sehinggakan belakunya ragging yang melampau.

Yang kurang enaknya bila ada sahaja melibatkan orang melayu/islam berduyun duyun pulak orang nak kutuk kritik/share video dan kepoh² seolah olah Melayu adalah paksi kejahatan. Apa?Ingat bukan melayu semua tak pernah bergaduh ke?pui..

Bagaimana pula hukuman yang boleh dikenakan kepada yang menyebarkan video yang bakal memalukan keluarga mangsa?!

Jika mangsa (dipukul) kita lihat perlu dibela, bagaimanapula reaksi ibu bapa melihat anak mereka (memukul orang) dan video itu dipertontonkan berulang kali di facebook atau Youtube?!Siapa tolong nak padam video tu selepas pesalah dihukum?!

*admin taknak share video ini sebabnya pihak yang berwajib tahu akan apa tugas mereka, stakat nak maki hamun dan kutuk sumpah seranah tak perlu tengok video tu pon boleh kan?! Ha ha ha ha


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gadis Pailang Pukul Rakan?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 4 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!