Tuesday, 10 June 2014

Datuk Raja Kamarul Bahrin Muflis?

Kuala Terengganu 10 Jun : Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihanraya sekali setelah Ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diistiharkan muflis oleh sebuah mahkamah disini hari ini.

Pada pilihanraya umum ke 13 lalu Raja Bahrin bertanding atas tiket parti PAS menewaskan calon BN Mohd Zubir Embong dan calon bebas Maimum Yusof dengan majoriti 10785 undi. - facebook user


Itu lah antara petikan yang bermain di facebook dan twitter yang mana kononnya bakal belaku satu lagi Pilihanraya Kecil di Malaysia lantaran kes yang belum dapat dipastikan.

Jika dipandang dari sudut perundangan, Jabatan Insolvensi berkuasa dalam pengisytiharkan muflis dan pihak berkenaan akan meneliti dokumen yang diterimanya daripada jabatan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Raja Kamarul Bahrin sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi termasuk satu kes yang melibatkan anak beliau dan kisah isteri beliau yang mahu mengambil tindakkan mahkamah terhadap beliau.

Sama sama kita nantikan sebarang keputusan rasmi akan situasi ini.

Wallahualam... 

UPDATE : Ketika dihubungi TV3 sebentar tadi, Raja Bahrin menafikan khabar angin bahawa beliau telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah. Beliau akan membuat sidang akhbar pada pukul 11 pagi esok di parlimen - update 7.05 petang ini.

YB Dato' Seri Haji. Abd. Hadi bin Awang, Ahli Parlimen Marang Terengganu dilaporkan tidak sihat dalam beberapa minggu lepas, kini dikhabarkan beransur pulih insyallah.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Datuk Raja Kamarul Bahrin Muflis? Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 10 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!