Wednesday, 11 June 2014

Bihuh Istimewa MP Segambut Pejam Mata?!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk 'Bihun Istimewa' menggunakan lambang masjid keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara. 

Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial.
Kilang Bihun Cap Masjid telah diarah tutup. Jangan lah cuma diarah tutup je, ambil lah tindakan tegas!

Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan, syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya. 

"Jakim dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Mereka juga tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Bagaimanapun Hakimah berkata, oleh kerana produk tersebut mengguna logo halal Jakim pada pembungkusan produknya, Jakim akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 

"Jakim telah mengambil maklum hal ini dan pihak kami sedang menyiasat lanjut perkara ini," katanya. 

Ia memaparkan aksi pekerja asing bukan Islam sedang membungkus mihun berkenaan dengan suasana kedai yang kotor dan menjijikan. Sejak pagi Selasa, beberapa keping gambar menjijikan memaparkan pengusaha mihun menggunakan lambang 'masjid' tersebar di blog dan laman sosial. 

Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan mereka terhadap status halal produk berkenaan. - mstar


Sehingga hari ini MP Segambut masih tidak memberikan respond kerana beliau merangkap wakil rakyat yang bertanggungjawap terhadap kilang di Jalan Ipoh tersebut beroperasi.Apakah yang sibuk sangat tu?!


Jika umat islam boleh menunding jari kepada JAKIM dengan wujudnya kesangsian bihun istimewa tersebut adakah rakyat Malaysia rela menelan makanan yang disediakan sedemikian rupa?!

MP Segambut seharusnya bertindak segera dalam perkara ini bukanya duk membongek je makan gaji buta.Apakah ada hubungan istimewa antara mereka?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bihuh Istimewa MP Segambut Pejam Mata?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!