Monday, 9 June 2014

Babi Akan Lebih Halal Dari Haiwan lain?!

Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya. - sinar


Bebalik kepada agenda yahudi dan para tentera kafirnya yang hari ini memegang pelbagai profesion yang hebat-hebat seperti saintis.

Fatwa Dr Yusuf Al-Qaradawi itu ada benarnya akan tetapi kita rakyat Malaysia tidak sewajarnya bertelagah kerana pendapat 2 individu yang berlainan cara hidup dan pendekatannya, TETAPI kenapa pula dirujuk orang luar sedangkan yang mengalaminya kita disini. Jawapan ringkas padat ada pada Al-Quran itu lebih menyakinkan.

Yahudi dan Kafir laknatullah akan sentiasa menduga iman para muslimin muslimat didunia hari ini admin dapat rasakan mereka kini telah berjaya menyakinkan BABI lebih halal dari haiwan haiwan lain.

Paling ketara guna "ubat" sebagai melawan "virus babi" dan ubat itu diperbuat dari "babi" itulah "kebabian" mereka.

Umat islam di Malaysia tidak perlu bertelagah kerana ini semua "kebabian" mereka cipta untuk kita berpecah belah..Wallahualam...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Babi Akan Lebih Halal Dari Haiwan lain?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 9 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!