Monday, 19 May 2014

Undi DAP Bermakna Tolak Hudud?! #plastik [video]

Beberapa hari lepas nama ini cukup popular dikalangan pemain media baru kerana dikategorikan "wanita cantik" yang menjadi umpan meraih undi dari pengundi Melayu khususnya.

Tidak dinafikan penampilan dan kepalsuan yang disetting oleh DAP untuk memperdayakan pengundi² khususnya kalangan orang Melayu kini jelas dengan teknik licik yang digunakan oleh DAP walaupun beliau terpaksa mengistiharkan agenda parti DAP walaupun jelas ia cukup mengecewakan perjuang agenda PAS yang utama iaitu HUDUD.

Presiden PAS kini terperangkap bilamana Tuan Haji Hadi Awang diasak oleh anuwaris yang kini penuh didalam PAS yang mana ia tidak dapat bersuara lantang untuk mengkritik calon DAP ini kerana beliau hanya "berseorangan" dalam pucuk pimpinan PAS ditambah lagi "ugutan" saman fitnah dari bekas calon PKR keatas beliau belum lagi selesai 100%.

Itu sebagai satu "hint" yang jelas Haji Hadi Awang tidak berkuasa lagi didalam PAS mana tidaknya awal awal lagi calon ini menyatakan pendirian beliau akan menolak HUDUD diparliment sekiranya diberi kepercayaan oleh penduduk di Teluk Intan.

Penah satu ketika dahulu terdengar kata-kata dari  mereka sendiri "DAP BERHAK TOLAK HUDUD.." so hari ini dengan pantas LKS & LGE meletakkan Orang Melayu Islam untuk bersuara bagi pihak orang Melayu penyokong pakatan.

Jadi..adakah Undi DAP ini bermakna terus terang menolak Hudud?!Jatuh kafirkah seperti dilabelkan keatas UMNO sebelum ini?!UMNO hari ini sudah sedia memberi ruang pelaksanaannya..adakah dengan PAS menguatkan DAP akan merealisasikan apa PAS mahukan?!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Undi DAP Bermakna Tolak Hudud?! #plastik [video] Daeng Selili Rating: 5 Monday, 19 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!