Sunday, 18 May 2014

Tarif Elektrik Naik : Wartawan Berita Harian Tidak Peka?!

Semalam aku ada menulis serba ringkas isu kenaikan tarif elektrik yang menjadi dendangan para pengamal media maya yang jelas Kerajaan dikritik teruk kerana ianya berpunca dengan akhbar media arus perdana sendiri menulis fakta tentang perihal tersebut tanpa fakta dan rujukkan yang tepat.

Adakah "suara pendesak" yang kononnya (sekarang saling tak tumpah macam pembangkang yang bodoh) merasakan apa yang mereka tulis itu benar atau sekadar melempiaskan rasa marah (agenda dan nafsu) hanya kerana terdengar bisik-bisik tanpa mengkaji dan menyiasat fakta akan perihal sebenarnya situasi ini? [baca sini]


Sewaktu sambutan Hari Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2014, Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak mengingatkan syarikat utiliti itu untuk menentukan bekalan tenaga elektrik kepada pengguna ditingkatkan dari masa ke semasa, bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik Januari lalu.

Kata Perdana Menteri, tidak ada gunanya tarif elektrik dinaikkan kika masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya menimbulkan "kemarahan" rakyat.

"Tidak ada siapa suka tarif elektrik naik, tetapi jika tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Kalau ambil duit rakyat dan bagi kepada TNB, kita tidak boleh buat pembangunan untuk rakyat," kata beliau.

"Sebab itu kalau naikkan tarif, kena ada justifikasinya. Jika tidak, TNB akan jadi organisasi defisit, saham jatuh, gaji tak boleh naik. 

"Dengan demikian, warga kerja TNB mempunyai tugas menjamin bekalan elektrik yang terbaik. Apa guna menaikkan tarif kalau masih terdapat gangguan di sana sini," kata Perdana Menteri postmetro

Begitu lama dalam bidang pemberitaan kali ini nampaknya akhbar Berita Harian gagal untuk memberikan fakta sebenar tentang kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kenaikan tarih elektrik negara.


Tarif elektrik sememangnya telah mengalami kenaikan sejak bulan Januari yang lepas dan perkara inibtelah diketahui sejak tahun lepas lagi.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tarif Elektrik Naik : Wartawan Berita Harian Tidak Peka?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 18 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!