Wednesday, 14 May 2014

RamKarpal Sokong Hudud? #hudud

Kuat bertiup khabarnya calon DAP menyokong pelaksanaan undang-undang hudud sekiranya menjadi ahli parlimen Bukit Gelugor mengantikan ayahanda beliau Karpal Singh yang sebelum ini adalah seorang yang teguh memegang prinsipnya "MENOLAK PELAKSANAAN NEGARA ISLAM & HUKUM HUDUD".


Adalah tidak boleh diterima akal yang waras bilamana seorang perjuang agenda parti demokratik yang cukup terkenal dengan kelantangan menentang Islam dalam halus dan terang-terangan menyatakan kesanggupan untuk melaksanakan HUDUD.

Renungkan kembali bertapa eggo dan sombongnya mereka mempelekehkan kepimpinan ulamak didalam PAS bilamana memperkatakan kemahuan perjuangan PAS iaitu HUDUD dan NEGARA ISLAM.

Adakah ini gula gula politik yang seperti biasa dipraktikan dalam DAP disetiap pilihanraya untuk meraih sokongan undi umat Islam dalam meleraikan rencananya sebagai ketua kepada parti parti pembangkang?!

DAP dan PKR jelas menolak HUDUD akan tetapi ianya diacukan kepada UMNO sedangkan UMNO selaku kerajaan pusat hari ini menyokong pelaksaannya sehinggakan Kelantan diberi mandat untuk dilaksanakan HUDUD tetapi ditangguhkan atas faktor teknikal dan kemahiran dalam pelaksanaannya.

Hari ini PAS tersepit kerana DAP dan DAP menggunakannya dengan bijak. Andainya Ramkarpal menyokong pelaksanaan ini, amat wajarlah dipertimbangkan semula kerana sampai matipun ayah beliau tidak pernah menarik balik kata-katanya yang cukup menghiris hati dan sanubari umat Islam.

GAMBAR : Ceramah Ram Karpal Hambar!

ADA DESAS DESUS UMNO MENHULURKAN TANGAN ATAS DASAR PERPADUAN SESAMA ISLAM DIKRITIK PAS KONONNYA UMNO KIAN KARAM, APAKAH MAKSUD KARAM DALAM PEMERHATIAN PEMIMPIN PEMBANGKANG?KERUSI UMNO KIAN BERTAMBAH BUKANNYA SEMAKIN KURANG!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
RamKarpal Sokong Hudud? #hudud Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!