Sunday, 11 May 2014

Ramai Melayu Buta GST #GST

Selalunya kita melihat pihak berkenaan begitu skima dengan penerangan GST. Kadang-kala begitu berserabut semuanya fikir keuntungan laba yang bakal diperolehi oleh pihak kerajaan daripada penguatkuasaan GST.

Tapi rakyat di bawah bertanya dan mempersoalkan...apakah nikmat dan manfaat yang bakal mereka dapat dengan GST?



Kita yakin 95% anak-anak muda Melayu yang berhimpun memekik terlolong pada perhimpunan 1 Mei lalu tak tahu pun apa itu GST. Mereka hanya terpengaruh dengan dakyah, fitnah dan tohmah yang dimomokkan berkaitan GST. 

Hakikatnya, sekian lama rakyat dirugikan kerana hasil subsidi mereka dirompak oleh golongan kapitalis-kapitalis yang tidak amanah, khianat dan menipu rakyat sekian lama di bawah sistem percukaian sedia ada.

Harga menjadi mahal dan mereka semakin untung, namun keuntungan mereka sengaja disembunyikan dan tidak diisytiharkan kepada negara. Mereka inilah lintah darat yang mencengkam hidup rakyat dengan kenaikkan harga barang, menyorok barang dan menipu sukatan.


Hidup mereka kaya raya hasil menipu rakyat. Memang patut GST diadakan bagi memberi keadilan kepada rakyat keseluruhannya.

Apabila adanya GST Insya -Allah negara kita akan lebih makmur dan diberkati.








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ramai Melayu Buta GST #GST Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 11 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!