Thursday, 29 May 2014

Raja Nazrin Sah Kini Sultan Perak Yang Baru!

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Sultan Perak menggantikan ayahanda Baginda, Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28hb Mei 2013.


Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang Rabu. Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.

Istiadat disempurnakan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Besar Negeri Perak.Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !


Semasa majlis pengakaman DYMM Almarhum Sultan Azlan Shah kelihat juga kehadiran para pemimpin kerajaan termasuk DS Najib Razak dan Isteri.

Tidak ketinggalan calon PRK Teluk Intan Dato Mah juga turut sama hadir memberikan penghormatan yang terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Raja Nazrin Sah Kini Sultan Perak Yang Baru! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 29 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!