Wednesday, 7 May 2014

Polis Pilih Kasih - Tian Chua

"Saya ingin mengatakan kekecewaan saya terhadap pihak polis apabila melibatkan orang awam atau aktivis-aktivis bukan kerajaan ia seolah-olah tidak di ambil serius." - Tian Cuar




Kebiadapan Tian Chua yang tidak pernah sepi dalam menafikan kredibiliti pihak berkuasa Polis dengan pelbagai dakyah, hasutan, penipuan tersusun dan keceluparan beliau dalam meraih populariti seolah olah beliau berkuasa penuh dalam mengaturcara undang-undang di Malaysia. 

Kini beliau dalam wawancaranya bersama pengerusi Mywatch yang mana dalam kes Tiga butir peluru bersaiz 9mm ditemui dalam peti surat rumah Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan di Bahau, pagi Sabtu lepas. Sanjeevan yang bertanding bagi merebut jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan Parti Keadilan


Jika sebelum ini Tian Chua boleh menuduh kerajaan bersandiwara, tidak keterlaluan kes 3 butir peluru ini adalah juga sandiwara @ perbuatan sendiri & didalangi oleh kalangan orang orang beliau sendiri (blackops)?!

Kerana tidak hairanlah 3 butir peluru boleh sampai ke rumah pengerusi itu jika tidak dari kalangan mereka sendiri kerana kita sedia maklum pemilihan PKR sedang berlansung dan pengerusi tersebut salah seorang calon AMK.



Teknik meraih simpati dan populariti murahan yang cuba dipraktikkan oleh beliau sudah lapuk dan kini jangan marah orang mula mempertikaikan kata kata beliau yang penuh dusta dan kepalsuan.


Terdahulu hal ini pernah dijawap oleh Ketua UMNO bahagian Tanjong Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata semua orang tahu bahawa soal keselamatan negara ini bukanlah soal yang boleh dipolitikkan.

"Takkanlah kita nak jemput orang dari luar datang untuk menceroboh negara kita, kemudian kita anggap itu satu konspirasi Barisan Nasional untuk menarik sokongan rakyat, kononnya Datuk Seri Najib akan ke Lahad Datu dan Semporna, dengan hanya satu perkataan, maka selesaikan masalah itu, nampak seolah-olah Tian Chua memang mengharapkan ianya satu tindakan BN sebagai satu konspirasi khususnya dalam menghadapi pilihanraya.

"Kita pun tahu sempadan Sabah begitu luas dan saya pasti penceroboh-penceroboh itu masuk melalui kawasan-kawasan yang tidak mendapat kawalan kerana kawasan sempadan Sabah itu terlalu panjang. Ianya cukup luas,"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Polis Pilih Kasih - Tian Chua Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 7 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!