Saturday, 17 May 2014

Pemilihan PKR 2014 : Pengikut Azmin Gangster [Video Amuk]

Kepincangan pemilihan PKR 2014 berlaku akibat campur tangan pihak luar termasuk gangster, kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar juga mengakui pemilihan parti kali ini mempunyai kelemahan dan sistem pengundian yang dijalankan PKR perlu dilihat kembali.


"Saya akui terdapat kelemahan dalam pemilihan kali ini dan sistem pengundian yang digunakan perlu dilihat kembali untuk ditambah baik. Pimpinan PKR amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku, terutama sewaktu proses pengundian di Selangor. Kita ada beberapa laporan beserta bukti video dan gambar bukan ahli parti yang terlibat serta ahli dimasukkan saat akhir sebelum tutup tempoh keanggotaan pada 15 Mac.

"Kami sepakat sama ada calon-calon dan biro politik bagi sokongan kuat kepada JPP untuk pecat serta-merta mana-mana anggota yang langgar disiplin dan melakukan keganasan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini PKR tetap menggunakan sistem sedia ada kerana tidak mempunyai masa untuk melakukan sebarang perubahan.

"Kita sudah belajar daripada Pemilihan 2010 tetapi tidak sangka jumlah anggota yang turun mengundi sangat ramai. Tetapi kita masih beri kebebasan penuh kepada sekretariat untuk mengendalikannya," katanya.

Anwar juga mengakui terdapat usaha mengheret parti itu ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) ekoran kekcohan yang berlaku sepanjang pemilihan selama tiga minggu itu

"Terdapat percubaan untuk bawa kepada pendaftar pertubuhan, mereka mahu dibuat seperti apa yang berlaku kepada DAP," katanya lagi.

Pemilihan PKR 2014 menyaksi berlaku beberapa kekecohan terutama di Selangor hingga menyebabkan lebih 10 Cabang terpaksa dibatalkan pemilihan yang telah dijalankan. - AA



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pemilihan PKR 2014 : Pengikut Azmin Gangster [Video Amuk] Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 17 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!