Tuesday, 20 May 2014

Ouh Cikgu Murni...

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Romy). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

“Apa sebenarnya masalah awak, 
Romy?”
Lalu Romy menjawab,

“Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”..

Cikgu Murni dah tak tertahan..
Dia bawa Romy ke pejabat pengetua. Sementara Romy menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua..

Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Romy dan jika Romy gagal menjawab, maka Romy harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Romy dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Romy dan Romy bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan..


Pengetua: Apa 3 x 3?
Romy: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Romy: 36..emm kacang...

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Romy mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,

“Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″..

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua,

“Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada 
Romy?”..

Pengetua dan 
Romy bersetuju..

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Romy: (berfikir) Kaki!
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Romy: Saku!
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Romy: Isi Kelapa!
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Romy terus menjawab..

Romy: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Romy terus menjawab..

Romy: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Romy: Baik cikgu!
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak..

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni..
Romy: Khemah!

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu..

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1..

Romy: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega..

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Romy mendahuluinya..

Romy: Hidung!!!

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya..
Romy: Anak panah..!

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Romy: Okay!

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Romy: Firetruck!!

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand..
Romy: Fork!!

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Romy: Surname!!

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Romy: Heart!!

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Romy, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti ; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”..

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning…kah kah kah

-Gambar Hiasan-

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ouh Cikgu Murni... Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 20 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!