Monday, 12 May 2014

@najibrazak Selamat Hari Ibu

Hari ibu boleh diistiharkan sebagai hari yang cukup bermakna kepada seluruh wanita yang bergelar ibu dipelusuk dunia, ada yang menyalah ertikan pergertian hari ibu ini dengan pelbagai perspektif tidak baik seolah olah menyepikan peranan seorang ibu yang wajib kita taati.

Bicara tentang ibu dan ayah tidak pernah membosankan dan tidak pula membebankan. Sesunggunya Allah s.w.t telah berpesan supaya berlaku baik kepada keduanya. Allah s.w.t telah menjadikan keduanya sebab kepada beradanya kita di atas muka bumiNya ini, dari tiada kepada ada. Sering kali Allah mendatangkan secara bersama perintah untuk beribadat kepadaNya dengan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa seperti firmanNya:

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu ayahmu, hanya kepada-Ku lah kembali kamu” - (Luqman:14).

Begitu juga dalam firmanNya:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya” - (al-Isra’: 23)

Maksud firmanNya “Dan Tuhanmu telah memerintahkan” bererti Dia (Allah) telah memerintahkan dan berpesan dengannya.

Oleh kerana itulah, Allah menyertakan pada perintahnya, supaya manusia beribadah hanya kepadanya dengan perintah supaya mentaati kedua ibu bapanya.

Bilakah masanya kita akan mengetahui betapa tingginya nilai berbuat baik kepada ibu kita? Sesungguhnya, kita hanya akan mengetahui betapa tingginya nilai berbuat baik kepada kedua ibu, apabila mereka(ibu ayah) telah pergi meninggalkan kita dan dikebumikan di perkuburan. Pada ketika itu, kita akan merasa kehilangan mereka berdua dan mengetahui betapa berharganya mereka berdua kepada kita. Pada waktu itu,kita akan berharap agar keduanya masih lagi hidup di samping kita untuk kita berbuat kebajikan bagi keduanya dan berusaha membahagiakan mereka berdua.


Sayangi Ibu anda seperti mana yang dikita lihat anak anak kepada pemimpin kita Dato Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup disayangi anak anak mereka. 

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa berusaha memperolehi redha kedua ibu dan ayah, berusaha membahagiakan keduanya, bergaul dengan cara yang terbaik, selalu meminta pandangan dan pendapat mereka, berusaha membahagiakan keduanya, selalu mendampingi mereka, makan dan minum bersama mereka, menabur khidmat dalam memenuhi setiap hajat dan kehendak mereka, dan sentiasa berbicara dengan mereka dalam bahasa yang lembut dan baik serta beradab dan menghormati mereka selama kita masih berpeluang berbuat demikian.

Berusaha dan bersungguh-sungguhlah, serta sentiasa peka ke arah memperolehi doa yang baik daripada mereka berdua. Sesungguhnya doa kedua ibu dan ayah sama sekali tidak akan ditolak. Tanggapan tidak baik terhadap hari memperingati ibu sendiri itu biarlah mereka yang menilainya kerana kita tahu akan niat dan tujuan kita menyatakan perasaan kasih kita kepada ibu kita sendiri.

Selamat Hari Ibu...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@najibrazak Selamat Hari Ibu Daeng Selili Rating: 5 Monday, 12 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!