Wednesday, 7 May 2014

@NajibRazak Atas Alasan Apa Joseph Entulu Berkata demikian?!

Terikut dengan rentak pembangkang agaknya seorang menteri di JPM yang berada didalam kabinet tidak berhati hati dalam mengeluarkan sebarang statement yang bakal mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong kerajaan.

Statement Joseph Entulu Belau dalam tweet yang dikeluarkan oleh sebuah laporan akhbar rasmi iaitu bernama menulis :


"Kabinet hari ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan - Menteri di JPM Joseph Entulu Belaun "


Atas kapasiti apakah beliau mengeluarkan kata kata ini sedangkan tiada memo kabinet / surat rasmi yang mengatakan perkara ini telah diluluskan?!

jika nak popular macam pembangkang sila pindah kerusi pembangkang jangan raih populariti sebegini, sewajarnya Joseph Entulu Belaun membuat sesuatu perkara yang boleh menaikan nama kerajaan dan diri beliau dengan berkhidmat dengan baik bukannya belagak seperti seorang pembangkang. 

Individu di Jabatan Perdana Menteri sewajarnya mengeluarkan sesuatu telah sah dan berasas dari pada menyampaikan berita tidak jelas seperti itu yang bakal menimbulkan masalah.


Angkat sumpah belum cukup setahun dah mandai-mandai


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@NajibRazak Atas Alasan Apa Joseph Entulu Berkata demikian?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 7 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!