Wednesday, 7 May 2014

Malam Belia Berselawat 22 Mei 2014 #festivalbelia


Pada 22 Mei 2014 Jam 9.00 Malam Di Festival Belia Putrajaya bakal berlansung Malam Belia Berselawat yang menjanjikan pengalaman kerohanian yang luar biasa. Menampilkan personaliti dan kumpulan qasidah terkenal dari dalam dan luar Negara termasuk Al Habib Muhammad Al-Saggaf dari Yemen (dari rancangan "Fattabiouni" di TV Al-Hijrah).

Dan juga Kumpulan Abu Syaar dari Syria. Jangan lepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai berselawat dan menyatakan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul.


Mengimbas majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra, Putrajaya sebelum ini (21 Mac 2014) pernah bergema dengan alunan merdu bacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh ratusan ribu yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang merupakan perhimpunan selawat ter besar pernah dianjurkan di pusat pen tadbiran negara.

Alunan qasidah dan selawat yang memuji Rasulullah SAW itu dipimpin oleh tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.


Sepanjang program yang berlangsung hampir empat jam itu, para hadirin turut menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, selain disajikan dengan zikir terapi dan bacaan al-Quran berduet oleh peserta Imam Muda Amiril Md. Banin serta Pencetus Ummah (PU).

Hadirin juga disajikan dengan dua tazkirah duet oleh para peserta rancangan PU iaitu Fakhrul Islam Md. Zarin, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, Salman Maslori, Shahul Hamid Seeni MD dan Attan Thowi Yusof.

Semoga Malam Belia Berselawat yang dianjurkan sempena Festival Belia Putrajaya ini dapat kiranya mengulangi saat manis dan indah seperti Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul seperti sebelum ini. Insyallah


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Malam Belia Berselawat 22 Mei 2014 #festivalbelia Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 7 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!