Monday, 26 May 2014

Macai Kangkung Kini Hilang Arah! #panda

Apabila Anwar bakal dipenjarakan bersabit dengan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, rata-rata hari ini pembangkang hilang punca dan jelas DAP memainkan peranan dalam meluaskan jajahan takluknya bersama orang orang yang akan bersatu dengan DAP apabila Anwar dipenjarakan.

Hari ini DAP selaku parti berdarah komunis berjaya membeli orang orang Melayu khususnya didalam PKR dan PAS seolah olah PKR dan PAS tiada ketua yang bakal memimpin mereka.

Lihat pada Hadi Awang yang diasak teruk oleh Anuwaris yang berada dari dalam PAS. Manakala PKR bercakaran sesama sendiri sehinggakan pada Pemilihan PKR baru baru ini mencatatkan insiden "kerusi terbang" paling banyak dalam sejarah.

Lantaran itu para penyokong pembangkang cuba mengalihkan isu besar parti pembangkang itu dengan mendendangkan kisah PANDA yang dihadiahkan oleh Kerajaan China seolah olah kehadiran panda itu kesini tidak dialu alukan sehinggakan terbitnya pelbagai kata kata fitnah dan tomahan yang tidak berasas menghentam Kerajaan Malaysia kerana menyambut "salam persahabatan" dengan Kerajaan China.

Sebelum ini isu kangkung diperkatakan dalam tidak sedar memburukkan pemerintah yang dari persepktif rakyat sedangkan itu bukanlah sesuatu isu yang memdidik rakyat berfikiran rasional.

Timbulnya isu isu yang mengalih ini jelas menunjukkan penyokong pembangkang habis idea untuk memburukkan kerajaan dalam usaha mereka (DAP khususnya) merebut kerusi panas PRK Teluk Intan dan Bukit Gelugor.

Kasihan MACAI..bila nak sedar diri?

Isu GST yang dimomok pembangkang saling tak tumpah kisahnya seperti Bantahan Membina Putrajaya..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Macai Kangkung Kini Hilang Arah! #panda Daeng Selili Rating: 5 Monday, 26 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!