Thursday, 8 May 2014

Kita tidak akan sokong hudud PAS

MCA tidak sepatutnya membuat keputusan terburu-buru untuk mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO menyokong pelaksanaan hukum Hudud, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong pada adalah bersandarkan kepada pelbagai andaian sedangkan kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan.

Iklan : Anda Semua Dijemput

"Jadi saya harap tiada kata dua daripada mana-mana pihak berdasarkan kepada andaian berkenaan usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang hendak dibawa ke Parlimen itu.

"Bagi pihak UMNO sendiri, kita dah sebut pendirian kita bahawa kita terima Hudud sebagai hukum Allah tetapi kita sedang kaji soal pelaksanaan," katanya selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, Khamis.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan turut meminta MCA supaya tidak membuat kenyataan dan keputusan yang boleh mengeruhkan hubungan antara parti komponen BN.

Mengulas permintaan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang ingin bertemu dengan Pemuda UMNO untuk mendapatkan pejelasan berkaitan Hudud, Khairy berkata, beliau telah meminta Exco Pergerakan Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya untuk bertemu Pemuda MCA hari ini.

"Kita mahu supaya semua parti komponen memahami antara satu sama lain dan ini (pelaksanaan hukum Hudud) sebenarnya bukan dibawa oleh kerajaan BN sendiri sebaliknya oleh PAS," katanya.

Semalam, portal pembangkang menyiarkan laporan memetik Wee Ka Siong menegaskan MCA akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya UMNO menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.

"Kalau berlaku (UMNO sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN. Kita tidak akan sokong hudud PAS," kata beliau.

Wee menegaskan, UMNO tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut.

Katanya lagi masyarakat bukan Islam berhak untuk bersuara dan memberi pendapat mengenai peraturan dan undang-undang dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia. 
- Bernama

DAHULU....


Adakah beliau berada dalam MCA sekadar mengkritik UMNO sedangkan reputasi MCA kian merudum dan sokongan orang cina akan kembali hanya kerana penentangan isu Hudud ini?! 

Wee Ka Siong lu hati hati berucap..Nampak bodoh!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kita tidak akan sokong hudud PAS Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 8 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!