Friday, 16 May 2014

Khalid Kalah Buat Huru Hara?!

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diserang secara lisan dengan menggelar "Khalid penipu! Khalid rasuah," oleh ahli cabang Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan parti di cabang tersebut dibatalkan.

Ahli Cabang PKR Kuala Selangor Zulkifli Abdullah berkata, sepatutnya Khalid Ibrahim tidak melanggar etika lembaga parti dengan melakukan pekara yang bercanggah.

"Sebagai seorang pemimpin harus tampilkan sifat terpuji, dia hanya memalukan Kuala Selangor sahaja.

"Dia tahu sudah kalah, dia buat strategi untuk membatalkan pemilihan," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.

Suasana di perkarangan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya kecoh seketika apa bila Khalid Ibraahim di hembur dengan kata kesat oleh Zulkifli. Khalid terkejut dan terpinga-pinga terus bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan Ibu Pejabat PKR.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Khalid Kalah Buat Huru Hara?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 16 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!