Friday, 30 May 2014

Hina Kemangkatan Sultan Perak #Perak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati beberapa individu dalam laman media sosial telah menghina Institusi Beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

“Kami sedang bertindak mengesan individu-individu tersebut dan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan MCMC untuk tampil memberikan maklumat berkenaan,” kata Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

SKMM memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Kita tunggu apa akhirnya babak ini.
individu yang melakukan perkara ini boleh terlepas dengan pelbagai alasan yang dititikkan dalam segi perundangan.

Institusi diraja kini diasak teruk oleh golongan anarki dan ianya didokong oleh pemimpin pembangkang yang jelas cuba meraih populariti murahan kerana sebelum ini Karpal Singh tidak pernah menarik balik kata-kata penghinaan yang pernah dilontarkan kepada Sultan Perak sehingga akhir nyawanya dia tetap tidak pernah menyesal.


Ini salah satu twitter account yang dilihat cukup jelas menghina Almarhum Sultan Perak.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hina Kemangkatan Sultan Perak #Perak Daeng Selili Rating: 5 Friday, 30 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!