Sunday, 25 May 2014

#FBP14 : Nori Abdullah Berada Di Festival Belia Putrajaya @festivalbelia_ @beliabangkit


Lantaran ketiadaan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia YB Khairy Jamaluddin yang terpaksa menggalas tugas besar ke India untuk bersama pasukan badminton negara dalam kancah perebutan piala thomas, Malaysia bertemu Jepun dalam pelawanan akhir petang ini.


Ini adalah Impian Malaysia ingin membawa pulang Piala Thomas buat kali pertama selepas tempoh 24 tahun kini ianya semakin hampir menjadi realiti apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Indonesia termasuk kejayaan Datuk Lee Chong Wei.


Puan Nori Abdullah mengambil tempat Khairy Jamaluddin seperti dimaklumkan dalam laman twitter Khairy, Difahamkan Puan Nori Abdullah telah lama berkampung di Festival Belia Putrajaya seawal Jumaat lepas dalam mengikuti Festival yang julungkalinya pada tahun ini.





Puan Nori Abdullah turut sama ditemubual dan sempat berjalan bersama dipameran sekitar segmen Badan Beruniform di Festival Belia Putrajaya 2014 membolehkan pengunjung mendekati pelbagai aset persenjataan serta mempelajari fungsi agensi keselamatan seperti PDRM, ATM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara.

Jangan lepaskan peluang dekati anggota dan pegawai keselamatan yang terdiri daripada anggota pasukan anggota keselamatan negara kita yang sempoi dan pelajari peranan mereka.

Khairy Bersama Wira-wira Piala Thomas Malaysia di Delhi sebelum bergerak ke stadium.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FBP14 : Nori Abdullah Berada Di Festival Belia Putrajaya @festivalbelia_ @beliabangkit Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 25 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!