Saturday, 24 May 2014

#FBP14 : Hari Ketiga Festival Belia Putrajaya [video] #IM4U

Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Festival Belia Putrajaya di Putrajaya di sini  menjadi bukti program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia itu mendapat maklum balas baik masyarakat.

Pelbagai acara berlangsung seawal dari jam 8 pagi hingga 11.30 malam antaranya Majlis Angkat Nikah - Raja Sehari Mega 2014 kira-kira 69 pasangan pengantin telah selamat di ijabkabulkan [sini]

Dari kanak-kanak hingga dewasa turut sama hadir menyertai pertandingan dan santai disini pada hari ini. Persembahan artis berkumpulan juga turut disajikan kepada para peminat muzik rock, hiphop dan ska


“Kita dapat respon yang baik daripada pengunjung hari ini , walaupun keadaan cuaca tidak menentu dan panas jumlah pengunjung semakin lewat petang semakin bertambah" ulas Pengacara dibooth sukarelawan IM4U

“Selain itu, kita juga ada bengkel dan booth promosi acara ini sebagai sebahagian daripada pengisian menjelang acara kemuncak dan kami menyediakan lebih 500 orang sukarelawan yang turut sama membantu didalam Festibal Belia Putrajaya kali ini,” katanya lagi.






Festival Belia Putrajaya adalah kesinambungan siri Festival Belia Putrajaya 2013 di Putrajaya sebelum ini dalam usaha mempromosikan aktiviti dan program belia yang berbentuk kerohanian dan keilmuan dari peringkat . Antaranya Tilawah Al-Quran, pertandingan Nasyid kompang formasi dan pidato.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FBP14 : Hari Ketiga Festival Belia Putrajaya [video] #IM4U Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 24 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!