Friday, 30 May 2014

DAP Mahu Hukum Si "UMNO CELAKA"

Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap sekumpulan lelaki yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (Dun) Rabu lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata hukuman sedia ada yang memperuntukkan penjara dua tahun tidak mencukupi selain tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada mereka yang terlibat.


Bila LGE ceroboh hak umat islam "Itu bukan masalah saya" 

Justeru, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan dua seksyen yang memperuntukkan hukuman setimpal iatu Seksyen 121B yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan Seksyen 124B yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

“Kami berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Pada masa yang sama mahu tindakan keras diambil ke atas samseng-samseng Umno yang menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri supaya tindakan yang diambil tidak akan dilupa sekali gus agar mereka tidak terlintaspun untuk mengulangi perbuatan sama.

“Kami akan cadangkan pada polis supaya peguam negara mengambil kira seksyen-seksyen itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lepas, sekumpulan 100 lelaki terdiri daripada anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama Dun Pulau Pinang untuk mencari Adun Seri Delima RSN Rayer yang mengatakan “Umno Celaka” pada persidangan Dewan.

Rayer mengeluarkan perkataan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969, pada 20 Mei lepas.

Lim berkata, beliau akan menulis surat kepada polis untuk mempertimbangkan cadangan itu.

Beliau berkata hukuman itu wajar dikenakan terhadap mereka kerana tindakan menceroboh Dun itu disifatkan sebagai mencemar perlembagaan negeri dan mencabar kuasa Yang Dipertua Negeri. - Bernama

Samseng Pembangkang



Krik..krik..krikkkk....




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Mahu Hukum Si "UMNO CELAKA" Daeng Selili Rating: 5 Friday, 30 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!