Monday, 5 May 2014

Contoh Pengiraan Mudah GST (input/output)

Apakah yang dikatakan GST berasaskan input dan output..?

Ramai yang keliru dan tidak faham, tidak terkecuali admin sendiri sehinggalah beberapa model penjelasan setara dilakukan.


Katakanlah Makcik Letchumy menjual karipap. Bahan mentah yang digunakan oleh Makcik Letchumy ialah tepung, majerin, minyak masak, garam, kentang, gas memasak dan serbuk kari.

Katakanlah semua bahan mentah Makcik Letchumy termasuk dalam kategori kadar sifar GST maka tiada GST yang perlu ditanggung dalam kos bahan mentah Makcik Letchumy. Ini bermaksud GST bagi input iaitu bahan mentah Makcik Letchumy adalah sifar.

Setelah siap menjadi produk iaitu karipap, bahan mentah tadi telah bertukar menjadi output dan karipap termasuk dalam kategori kadar standard GST.Ini bermaksud GST bagi output iaitu karipap Makcik Letchumy adalah 6% daripada jumlah jualan.

Seandainya jumlah jualan karipap Makcik Letchumy dalam tempoh 12bulan ataupun setahun adalah sebanyak RM500,000.00 dan ke atas maka Makcik Letchumy tergolong dalam kategori peniaga yang wajib mendaftar sebagai agen GST.

Katakanlah jumlah jualan karipap Makcik Letchumy adalah sebanyak RM500,000.00 dalam tempoh 12bulan atau setahun maka jumlah GST yang dikenakan adalah sebanyak 6% daripada jumlah jualan iaitu RM30,000 dalam tempoh 12bulan ataupun setahun. Oleh kerana GST adalah cukai yang dikenakan ke atas mereka yang berbelanja maka Makcik Letchumy akan mengagihkan beban GST tersebut secara rata ke atas setiap daripada karipap yang dijual oleh beliau.

Katakanlah setiap karipap Makcik Letchumy menyerap kos, bahan mentah dan keuntungan sebanyak RM1.00 maka bilangan karipap dan harga termasuk GST boleh dikira seperti berikut :

RM500,000.00 / (Bahan Mentah + Kos + Untung = Harga Jualan Karipap Oleh Makcik Letchumy) = Bilangan Karipap Yang Perlu Dijual Oleh Makcik Letchumy Agar Perniagaan Karipap Tersebut Dikenakan GST

RM500,000.00 / RM1.00 = 500,000 Biji Karipap

(RM500,000.00 X 6%) / 500,000 Biji Karipap Makcik Letchumy = RM0.06 Bagi Setiap Biji Karipap Makcik Letchumy

RM1.00 + RM0.06 = RM1.06 Adalah Harga Jualan Termasuk GST Bagi Setiap Biji Karipap Makcik Letchumy

Jumlah Jualan Termasuk GST Makcik Letchumy = RM500,000.00 + RM30,000.00

Jumlah Jualan Termasuk GST Makcik Letchumy = RM530,000.00

Akhirnya perbezaan antara output GST dan input GST jualan karipap Makcik Letchumy ialah sebanyak RM500,000.00 X 6% ditolak dengan 0 (kosong) iaitu RM30,000.00 dibayar kepada kerajaan oleh Makcik Lethumy sebagai agen bagi pihak kerajaan yang mengutip GST daripada pembeli.


Diharap penerangan yang panjang dan lebar ini tidak akan memeningkan kepala Makcik Letchumy. Sekian terima kasih.

Admin tidak bertanggungjawab di atas penulisan ini kerana ianya sekadar pandangan peribadi. - sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Contoh Pengiraan Mudah GST (input/output) Daeng Selili Rating: 5 Monday, 5 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!