Tuesday, 6 May 2014

BINTARO Buah Halau Tikus [Petua] #petua

Buah bintaro dapat di manfaatkan sebagai buah penghalau tikus. Bagi sesetengah orang mungkin belum tahu mengenal tentang manfaatnya buah ini atau tidak pernah tahu.

Buah Bintaro memiliki nama latin Manghas Carbera ini adalah sejenis pohon berbuah yang berupaya menghalau tikus secara semulajadi. Tapi anda harus berhati-hati, terutama dengan kanak kanak kerana ianya memang beracun dan mempunyai bentuk yang menarik seperti buah apple/jambu yang mempunyai kulit buahnya berwarna hijau/merah. Daun pohon membentuk memanjang, simetris dan tumpul pada hujungnya berbeza beza bentuknya, Di negara jiran juga disebut Pong-Pong Pohon atau Pohon India bunuh diri. (what the.....)


Pokok buah bintaro boleh tumbuh sendiri di hutan dan mampu mencapai ketinggian pohonya setinggi 4 - 12 meter, ia juga memiliki bunga yang mempunyai lima kelopak. Buah bintaro hijau menandakan buah masih muda sedang yang matang akan berwarna merah. Buah Bintaro memiliki 3 lapisan lapisan kulit luar, lapisan tengah berupa serat seperti sabut kelapa dan biji lapisan dalam bentuk isinya. 

Pokok Bintaro adalah termasuk didalam keluarga dari pokok kemboja jika ditetak/hiris akan mengeluarkan susu putih (getah). Selain untuk menghalau tikus buah bintaro juga memiliki manfaat lain bagi kehidupan manusia sebagai bahan bakar lilin, bio-insecticidal, ubat luka, deodorant, dan berpotensi sebagai biodiesel. (wow...)


Untuk menggunakan buah bintaro sebagai penghalau tikus di rumah, caranya adalah dengan mengambil buah bintaro kemudian diletakkan didalam rumah atau di tempat-tempat yang biasanya sering dijumpai eklibat tikus. Selama buah masih segar dan belum layu, tikuspun tidak akan berani mendekati atau datang ke rumah anda. Namun perlu diingat harus diletakkan di tempat yang tidak terjangkau oleh kanak kanak kerana buah ini mengandung racun. Tikus takut kerana bau racun yang dikeluarkan oleh buah ini, bau yang sangat ditakuti tikus kerana kita sedia maklum tikus mempunyai deria bau yang jauh lebih kuat daripada manusia.

Buah bintaro juga dipraktikan untuk menghalau tikus disawah (bendang) yakni dengan cara menanamnya ditepi batas sawah.

Wallahualam..

[dialih bahasa dari sebuah blog negara jiran]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
BINTARO Buah Halau Tikus [Petua] #petua Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 6 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!