Thursday, 29 May 2014

@azwanbro @Khairykj Majlis Sempena Israk Mikraj Meriah #selawatperdana #prktelukintan

Seluruh Rakyat Malaysia menerima berita kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah , Sultan Perak yang ke-34 kira-kira jam 1.30 petang tadi. 

Lantaran itu seluruh rakyat khususnya rakyat Negeri Perak cukup terkesan akan kehilangan seorang Sultan yang cukup disayangi dan disanjunginya. Akan tetapi apalah daya kita sebagai manusia biasa hanyalah kita perlu redha dengan ketentuan Allah SWT yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa dalam percaturan hidup mati setiap manusia. 


Sempena kemangkatan DYMM Sultan Perak, Pihak pemerintah selaku kerajaan Negeri Perak yang diketuai Menteri Besar Perak mengistiharkan hari ini (29/05/2014) sebagai cuti umum Negeri Perak untuk menghormati majlis pemakaman DYMM Almarhum Sultan Perak Azlan Shah yang bakal dikebumikan pada 29/05/2014. 


Malam tadi di Arena Square Teluk Intan berlangsung satu majlis selawat perdana bersempena Israk Mikraj dan langsung majlis tahlil  sempena kemangkatan DYMM Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. 

Syukur Alhamdulillah hampir 500 Orang menyertainya walaupun pada awalnya ramai mengatakan sebarang majlis atau ceramah dibatalkan.

Turut sama hadir pada majlis ini Saudara Azwan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Hairol Own Ketua Pemuda UMNO Negeri (Perak) yang berkelapangan menjayakan majlis ini.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada DYMM Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.














للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@azwanbro @Khairykj Majlis Sempena Israk Mikraj Meriah #selawatperdana #prktelukintan Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 29 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!