Sunday, 4 May 2014

Azmin Syorkan Siku Muka Bard SAMM?!

Azmin mendahului dua pencabarnya apabila memperoleh 5,111 undi berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (2,288) dan Datuk Saifuddin Nasution (2,322).

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali enggan mengulas dakwaan beliau terlibat dengan perbuatan memanipulasi undi dalam pemilihan parti itu yang berlangsung sekarang.


Ahli Parlimen Gombak itu sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR untuk menyiasat dakwaan terbabit dan berharap individu terlibat dikenakan tindakan tegas.

“Buat masa sekarang, saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan berkenaan, biar Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang siasat perkara itu.

“Hendak siku boleh, tapi janganlah sampai jatuh,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan anggota PKR Pulau Pinang, Sabtu.

Pemilihan PKR, yang bermula Sabtu lepas, dicemari pelbagai insiden seperti bekalan elektrik terputus, dakwaan manipulasi undi, perubahan lokasi mengundi pada saat akhir dan masalah teknikal.

Keadaan menjadi semakin panas apabila seorang pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin mendakwa kumpulan penyokong Azmin memanipulasi undi.

*Dalam permerhatian aku rata rata penyokong Khalid DIBAYARKAH? untuk giat berkempen didalam siber sehingga sanggup melontarkan pelbagai cerita buruk dan melondehkan sesama sendiri...kah kah kah


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Azmin Syorkan Siku Muka Bard SAMM?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 4 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!