Saturday, 3 May 2014

Apa itu GST?! #GST #bantahGST #Bajet2014


TUJUAN GST

  • Menambahbaik sistem cukai sedia ada (SST)
  • Bukan cukai baru - menggantikan cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (6%) sedia ada.
  • Meningkatkan kecekapan dan ketelusan ke atas rekod & transaksi perniagaan.
  • Satu sistem percukaian yang berkesan dan saksama (160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST)
PERLAKSANAAN GST

  • Kadar GST ditetapkan sebanyak 6%
  • Tarikh berkuat kuasa mulai 1 April 2015
  • cukai kepenggunaan - dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan

PAKEJ GST

A) PENGGUNA (BERKUATKUASA TAHUN 2015)

  • TIDAK DIKENAKAN GST ke atas barang makanan asas (seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, sayuran segar, daging lembu dan kambing, makanan laut, ayam, itik, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu dan belacan)
  • TIDAK DIKENAKAN GST ke atas bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
  • TIDAK DIKENAKAN GST ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran disekolah. 
  • DIKECUALIKAN GST ke atas perkhidmatan pengankutan seperti bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. 
  • DIKECUALIKAN GST jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih. 
  • Pengurangan (1%-3%) dan penstrukturan cukai pendapatan individu. 
KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR

B) PENIAGA
  • Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan. 
  • Kos pembelian peralatan ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016,
  • Pengurangan cukai pendapatan syarikat dan SME tahun taksiran 2016
  • Pengurangan cukai pendapatan koperasi (1% - 2%) mulai 2015
  • Geran latihan GST RM100 juta dan perisian perakaunan RM150 Juta
  • Potongan cukai - fee kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai 2015.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Apa itu GST?! #GST #bantahGST #Bajet2014 Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 3 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!