Monday, 5 May 2014

Ahli Mahu Pemilihan PKR lebih Telus

ISU GST yang panas pada minggu ini tidak menyebabkan pemerhati politik dan pengiat politik media baru terlepas pandang Pemilihan PKR yang sedang belangsung dengan pelbagai insiden yang cukup memalukan melibatkan sebuah parti yang memperjuangkan ketelusan dan kejujuran dalam setiap rantaian kepimpinan mereka.

Jelas Azmin Ali digasak teruk oleh blogger pro Khalid manakala Anwar dengan lagak ala penghulu hanya mampu memberi ulasan ringkas tanpa tindakkan lanjut.

Minggu lepas kecoh kes kira undi dalam hotel di ikuti insiden bertumbuk dan baling kerusi DAN terkini sekali isu pengundi hantu.


Nampaknya parti PKR makin kelam kabut. Nak urus pemilihan ahli tak sampai seribu orang pun haru biru sampai semua yang hadir pakat bertekak. Mau tak mau kena lah buat semula. Atau adakah juga dalam Pkr sendiri ramai dikalangan mereka pengundi hantu atau bangla?

"Baru saja sebentar tadi diumumkan jawatankuasa pemilihan bahawa
Pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal yang berlangsung tadi adalah dengan rasminya dibatalkan atas sebab jumlah kertas undi (838) melebihi jumlah keluar mengundi (672).

Dimaklumkan juga pengundian semula akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Ia akan dibuat ditempat berkecuali di luar Nibong Tebal.

Hidup parti anak beranak! - panggungopera.blogspot.com "

Dikongsikan dibawah ini beberapa pengamal media baru yang dianggap "abang" dalam media baru oleh penyokong pembangkang,lihatlah meluahkan rasa kekecewaan mereka.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ahli Mahu Pemilihan PKR lebih Telus Daeng Selili Rating: 5 Monday, 5 May 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!