Thursday, 17 April 2014

Ucapan Anwar Tidak Masuk Akal - Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak semalam, membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu selesaikan misteri kehilangan MH370 dalam satu saat jika diberi kuasa.

Perdana Menteri menyifatkan dakwaan itu tidak masuk akal dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. 


“Ini memang tidak masuk akal sama sekali, malah boleh dikatakan memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-39 hari ini (semalam) memerlukan sokongan pelbagai negara berikutan kerumitan dan cabarannya yang di luar dugaan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini semalam. - Berita Harian

Admin : Pernahkah Anwar rasional dalam ucapan dan perbuatan beliau?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ucapan Anwar Tidak Masuk Akal - Najib Razak Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!