Tuesday, 8 April 2014

@tunfaisal @azminali : Posisi Azmin Dan Khalid Bakal Di Tentukan Oleh SUARAM?! #PKR2014

Anwar bijak dalam memainkan perkataan dan ungkapan yang bisa menyentuh hati dan mudah dibawa oleh pengikutnya iaitu perkataan RAKYAT. Mana tidaknya dalam pembangkang di Malaysia beliau dengan liciknya menggunakan Pakatan Rakyat (untuk Pakatan Pembangkang) dan Parti Keadilan Rakyat (untuk Parti yang penuh anak beranak beliau) nafikan apa yang aku tulis ini salah dan tidak benar?!

Antara penyumbang besar dana kepada parti ini semua sedia maklum dari tangan tangan ghaib disebalik sebutir mata (logo PKR) yang menjadi lambang jelas kepada kedajalan iaitu Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).Nama sahaja ada perkataan RAKYAT sedangkan DANA ASING jelas mengalir didalamnya.


Minda rakyat Malaysia dimanipulasikan dengan ayat mudah dikaitkan dengan perjuangan rakyat sedangkan hari ini semua pekung terbuka sendiri dari pucuk pimpinan hingga ke kerusi DUN semua dikaut oleh Anwar dan the NON family (macam Mafia gitu)

DARI MANA DANA SUARAM?!
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dianggarkan menerima dana berjumlah RM558,000 daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan spekulator mata wang, George Soros.- Full-artikel


Ada yang masih kurang jelas tentang SUARAM yang mana hari ini adalah tulang belakang kepada individu terpilih yang akan di taja untuk mendominasikan sesebuah agenda politik di Malaysia. Jika dilihat dari penulisan penulisan yang berkait dengan SUARAM pastinya ia melibatkan parti pembangkang di Malaysia yang tidak asing lagi dalam CNN iaitu Parti keadilan Rakyat. 

Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.

Selain perebutan jawatan Presiden melibatkan pasangan suami isteri (anwar dan azizah), pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang iaitu Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk jawatan Timbalan Presiden PKR juga dilihat bakal menghangatkan bahang pemilihan PKR 2014.

Ditambah pula krisis antara Azmin dan Khalid jelas Tian Chua akan memanfaatkan sebaik mungkin. Spekulasi perebutan "Kerusi MB" juga memburukkan keadaan Khalid dan Azmin yang kelihatan jelas bertelagah sesama sendiri sedangkan Tian Chua popular membelek perangai 2 orang pesaingnya dengan mengekalkan kekuatan dalam PRK sedikit demi sedikit. Tidak mustahil Khalid dan Azmin bakal kekal bergaduh sesama sendiri secara terbuka.

Tian Chau juga kelihatan sangat popular kebelakangan ini dengan beberapa insiden yang melonjaknya naik dengan nama sebuah madah perjuangan PKR. Beliau juga dilihat berbekalkan muka selambar dan mulut penuh lancang dengan senaja menggunakan kata kata yang sensitif demi menaikan ratingnya dalam usaha beliau meraih rating calon favorite Timbalan Presiden PKR. 

Ditangkap dan dibebaskan begitu sahaja perasan atau tidak?

Jujur aku nyatakan disini, Jika siapa yang kurang mengenali siapa Tian Chua pastinya akan mengatakan beliau adalah seorang ahli/pemimpin DAP kerana setiap perbuatan dan cara pergerakannya saling tidak tumpah seperti agenda DAP kerana beliau secara jelasnya cukup berani melangkau batas tanpa mengira batasan norma kehidupan rakyat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.

Anwar tidak dapat menyentuh Azmin dalam perebutan ini mengenangkan beliau sendiri dihimpit dengan hukuman yang bakal diterima selepas keputusan Mahkamah kelak.

Mampukah Azmin Ali dan Khalid Ibrahim menokah Tian Chua yang kini cukup popular dan bakal dibantu oleh dana SUARAM yang jelas akan mengurangkan kuasa orang Islam/melayu didalam PKR?!


Jutawan George Soros dipercayai penyumbang dana terbesar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB).- Fullartikel



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@tunfaisal @azminali : Posisi Azmin Dan Khalid Bakal Di Tentukan Oleh SUARAM?! #PKR2014 Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!