Monday, 14 April 2014

Seorang Kanak Kanak Maut Terperangkap?!

Seorang maut manakala seorang lagi kritikal bila sebuah van sekolah tergelincir kedalam loji kumbahan.

admin diberitakan satu insiden yang sungguh menyayat hati bila seorang kanak kanak tadika dikhabarkan lemas akibat terperangkap didalam sebuah van sekolah yang tergelincir kedalam loji kumbahan di sekitar UTM Skudai, Johor.

Dalam insiden tersebut admin difahamkan seramai 6 orang kanak kanak berada didalam kenderaan tersebut sebelum tergelincir kedalam loji kumbahan. seorang kritikal dan 4 mangsa dilaporkan stabil dan selamat.



Amat mendukacitakan lagi kemalangan ini dikatakan berpunca dari kecuaian pemandu tersebut yang tidak meletak kenderaan tersebut dalam keadaan selamat.

Diharap pihak berkuasa segera menyiasat akan perkara ini dan bagaimanakah loji kumbahan tersebut begitu mudah terdedah?! Wallahualam..


*UPDATE :

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas van yang dinaikinya melungsur ke loji kumbahan, dalam kejadian di Taman Universiti, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, enam kanak-kanak berada dalam van berkenaan, manakala pemandunya keluar menghantar beberapa kanak-kanak lain ke tadika berhampiran.

Mangsa, Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti.

Lima lagi kanak-kanak dihantar mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA). - Berita Harian


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Seorang Kanak Kanak Maut Terperangkap?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!