Wednesday, 23 April 2014

Segera Percepatkan Siasatan CEC DAP @RameshRaoAKS

Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa segera melengkapkan siasatan yang sudah berlarutan hampir setahun berhubung dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi di Seremban, A David Dass, berkata ROS perlu segera membuat keputusan berikutan status parti itu di bawah Akta Pertubuhan 1966, masih tidak diketahui. 


“Hari ini (semalam), kami jumpa ROS untuk mengetahui status kes ini, tapi pegawainya memaklumkan masih dalam siasatan. Kes ini sudah berlarutan lebih setahun dan tidak logik siasatan belum selesai. Kami mahu ROS mengeluarkan kata putus secepat mungkin, tak perlu takut kepada sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada ROS di sini, semalam. Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Ishak; bekas Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, Butterworth, G Asoghan dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao turut hadir.

Notis larang DAP buat keputusan

Pada 17 April tahun lalu, ROS mengeluarkan notis arahan melarang DAP daripada membuat sebarang keputusan, susulan pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember 2012, yang didakwa wujud penyelewengan apabila berlaku kesilapan pengiraan undi selain gagal memberi notis kepada 753 perwakilan sah dan layak mengundi.

Sementara itu, Rahmad menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab terhadap ROS supaya campur tangan mengambil tindakan drastik dan segera untuk menyelesaikan isu terbabit. 
Pada masa sama, beliau turut menggesa ROS meminda Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang tidak memberikan hak kepada mahkamah untuk masuk campur dalam isu pemecatan seseorang anggota parti, menyebabkan ada ahli parti dipecat hanya kerana tidak sehaluan dengan pemimpin.

Rahmad turut mendesak Karpal Singh meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, bukan setakat jawatan pengerusi dan ahli CEC DAP selepas dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Karpal melepaskan sementara jawatannya sehingga keputusan rayuan kes beliau dibuat oleh Mahkamah Rayuan, kononnya atas dasar menzahirkan integriti, tapi ia dilihat seolah-olah memperlekehkan kuasa ROS. Jadi, kita mahu ROS putuskan secepat mungkin, nyatakan pendirian,” katanya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Segera Percepatkan Siasatan CEC DAP @RameshRaoAKS Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 23 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!