Sunday, 27 April 2014

Punca Ramai Berzina Dari Berkahwin?!

Sebelum ini akhbar arus perdana menulis belakunya lambakan para golongan andartu dan bujang telajak di Malaysia angkara kos perkahwinan yang melambung tinggi disamping trend masa kini yang amat bias kepada perbuatan bukan mengikut syariat Islam.

Admin terdetik menulis ini kerana adanya agenda halus yang jelas dimanipulasikan oleh segelintir pengusaha/peniaga yang kini menjadi ketakutan kepada orang-orang bujang diluar sana kerana adanya aktiviti sedemikian di Malaysia yang menjurus kepada perkara yang tidak dituntut dalam agama.


Rungutan kesempitan wang dalam meneruskan sunnah Nabi Muhammad saw ini hadirnya dari pihak lelaki kerana mereka adalah pihak yang bertanggungjawap dalam menyediakan wang belanja dan kini ianya ditambah lagi dengan momokkan promosi yang tak tentuhala dari aktiviti seperti PAMERAN PENGANTIN, KERJA KAHWIN dan macam macam (pihak TV promote bukan main lagi) yang jelas membuatkan pihak lelaki lebih tertekan jika dipihak wanita meletakan "penanda aras" yang tinggi kepada mereka.

Ini bukan soal kemampuan atau siapa hebat, tetapi dalam keadaan berlumba lumba dengan kemengahan dunia, kita bakal hampir tergelincir dari tuntutan asal sebuah pernikahan yang dituntut syarak.

Keratan akhbar Ogos 2013

Ada hadith yang menegaskan bahawasanya kaum lelaki wajar menikahi seorang wanita kerana 4 perkara.

Hadis itu berbunyi: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersunting seseorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di kalangan manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana agamanya lebih utama. (Fathul Bari, 9/164).

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu terlebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri ). Maka Rasulullah memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164)

Imam An-Nawawi berkata: “Dalam hadis ini ada anjuran untuk berteman atau bersahabat dengan orang yang memiliki agama dalam segala sesuatu kerana ia akan mengambil manfaat dari akhlak mereka (teman yang baik tersebut), berkat mereka, baiknya jalan mereka, dan aman dari mendapatkan kerosakan mereka.” (Syarah Sahih Muslim, 10/52).

Sebenarnya, hadis ini tidaklah menunjukkan suruhan wajib, boleh sahaja hendak buat pilihan selain daripada kerangka hadis tersebut. Namun apa yang penting di dalam perbahasan fikah adanya topik kahwin ‘Sekufu’ (sepadan).

Di sini para ulama telah menyusun perbahasan itu berdasarkan dalil-dalil yang banyak bagi membuktikan bahawa apabila lelaki dan perempuan ingin berkahwin, mereka hendaklah sekufu. Walaupun ia bukanlah syarat sah akad nikah, namun ia amat penting untuk dipertimbangkan oleh kedua-dua belah pihak. Apa yang penting dalam perbahasan ini ialah, lelaki mestilah lebih baik daripada perempuan itu. Jika perempuan ada agama, maka agama lelaki tersebut mestilah lagi advance daripada perempuan tersebut.

Nabi SAW pernah bersabda: “Apabila orang yang kamu reda agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya. Nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ini.” (Hadis sahih riwayat Tirmizi, no. 1080)

Hadis ini pula ditujukan pada lelaki. Dan banyak lagi hadis-hadis yang lain mengisyaratkan perkara yang sama pada dua-dua belah pihak. 

Zaman ini wanita lebih ramai dari lelaki, periharalah agamamu, dirimu dan keturunanmu dari segala mahabahaya yang mudah diganggu gugat..Nauzubillahiminzalik..
Wallahu A’lam..






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Punca Ramai Berzina Dari Berkahwin?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 27 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!