Sunday, 13 April 2014

Perbahasan Rang Undang Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 #GST


Pendahuluan 

2. Mengawali ucapan saya, izinkan saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah subhanallahu wataala, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dipertua, kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian, dalam membahaskan Rang Undang Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014.

Tan Sri Yang Di Pertua, 

3. Minggu lepas saya hanya mendengar hujah hujah yang dikeluarkan oleh Pihak Pembangkang. Terfikir juga di benak saya ini, GST nie tidak adakah KEBAIKKANNYA. Seolah olah SEMUANYA BURUK BELAKA. Tapi kenapa pulak 160 negara didunia ini melaksanakannya? 

4. Kalau benar pulak Tidak ada LANGSUNG KEBAIKKANNYA, Kenapa pulak GST pernah dibentangkan pada Budget 1993, oleh Menteri Kewangan pada masa itu? Mungkin disebabkan mereka sudah bertukar, berpindah, semuanya yang dulu baik, sekarang dah semuanya tidak betul. Mungkin bila kita ini Pembangkang kita MESTI, TIDAK DAPAT TIDAK MESTI MEMBANGKANG, walaupun SESUATU ITU DICADANGKAN AMAT BAIK OLEH Pihak Kerajaan? 

5. Kalau pun ade kelemahan kelemahan yang diteliti ada terdapat dalam Rang Undang Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, saya musykil KENAPA TIDAK PEMBANGKANG DI SEBELAH SANA BERSAMA KERAJAAN MENCADANGKAN PERNAMBAH BAIKKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT NEGARA INI. 

6. Sekiranya kita mendengar Hujah Hujah Pembangkang, seolah olah SEOLAH OLAH SEMUA CUKAI GST YANG DIKUTIP DI SETIAP PERINGKAT, PERINGKAT PENGELUAR, PENGILANG, PEMBORONG, PENGEDAR DI LEPASKAN SEPENUHNYA KEPADA PENGGUNA, KEPADA RAKYAT. INI JELAS TIDAK BENAR…

7 Perlu kita ambil kira, selama ini Percukaian secara langsung (DIRECT TAX) adalah kurang effisen. Terlalu banyak ruang2 atau loopholes untuk Peniaga melarikan Cukai. Tetapi dengan GST, tiada sesiapa Dalam Dewan ini mampu menafikan GST adalah percukaian yang amat efficient, TERMASUK PJ UTARA dalam perbahasan beliau minggu lepas. Ruang2 untuk melarikan cukai akan berkurangan. 

Tan Sri Yang Di Pertua,

8. Perlu juga kita ingat KERAJAAN JUGA mengurangkan kadar Cukai SYARIKAT, yang mana kalau dulunya cukai dikutip dari Cukai Syarikat yang kurang effisen, sekarang cukai dikutip dari CONSUMPTION TAX, iaitu melalui GST. Perlaksanaan GST adalah lebih kepada PENGSTRUKTURAN PERCUKAIAN; dari yang kurang efficient kepada yang lebih effisen. 



9. Kerajaan tidak pernah berkata, dengan perlaksaan GST, harga barangan akan TIDAK MENINGKAT. Ada barang yang akan naik da nada barangan yang akan turun, dengan keseluruahan keadaan Harga Barang akan meningkat sedikit dalam tempoh penyelarasan. Apa yang lebih penting pada hemat saya Kerajaan dan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Peniaga tidak mengambil kesempatan, menaikkan harga SEWENANG WENANGNYA. Sudah lah KERAJAAN menurunkan Cukai SYARIKAT, Peniaga pulak nak untung lebih dgn menaikkan harga barang. Ini yang perlu dibendung SEKERAS KERAS NYA. Samada harga akan naik melampau lampau BUKAN DISEBABKAN OLEH PERLAKSANAAN GST, tetapi PENIAGA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI menaikkan harga sewenang wenangynya.


Tan Sri Yang Di Pertua, 

10. Oleh yang sedemikian, Saya mencadangkan Kerajaan untuk mengadakan pelan tindakan yang lebih komprehensif untuk memantau harga barangan. Ini perlu dilakukan pada setiap peringkat Supply Chain (dengan Izin); dan bukanlah hanya tertumpu pada Peniaga akhir sahaja. 

11. Makmal2 kajian harga juga perlu dipertingkatkan kemajuannya. Kajian harga ini perlu untuk semua jenis barang untuk kita mengetahui berapa banyak harga sesuatu barang itu perlu naik, dan barang mana, harga nya perlu turun dengan Perlaksaan GST? Ini penting utk memberi panduan bukan sahaja kepada Rakyat sebagai pengguna, tetapi kepada PENGUATKUASA dari agensi2 Kerajaan untuk melakukan PEMANTAUAN yang EFFEKTIF. 


12 Untuk memberi Penguatkuasa lebih kuasa atau Ruang, mungkin ada baiknya pihak kerajaan untuk menimbangkan Rang Undang Undang yang baru, Akta Anti Keuntungan Berlebihan (Anti Profiteering Act); atau undang2 lain yang difikirkan sesuai.

Tan Sri Yang Di Pertua,

13 Kenaikkan Harga barangan yang MELAMPAU bukanlah disebabkan oleh Perlaksaan GST. Kenaikan yang melampau adalah disebabkan oleh BANJINGAN2 Peniaga2 yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENAIKKAN HARGA SEWENANG WENANGNYA. 


Tuan Yang Di Pertua,

Saya Menyokong Rang Undang Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

(Difahamkan ini hujah Dato Hasbullah)

______________________________________________________________________



Pendahuluan 

2. Mengawali ucapan saya, izinkan saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah subhanallahu wataala, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dipertua, kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian, dalam membahaskan Rang Undang Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014. 

Tan Sri Yang Di Pertua, 

3. Perbincangan berkenaan GST akan memasuki Phasa Utama. Kalu dahulu hanya diberitahu, sekarang Rang Undang Undang di Bacakan di Dewan Yang Mulia ini. Akan banyak hujah2 dan alasan yang dikeluarkan dan akan dikeluarkan untuk mengaburi mata Rakyat oleh yang Di Sebelah Sana. Bagi disebalah Kerajaan, kita terpaksa melakukan sesuatu yang Tidak Popular; kita kena terus melipatkan usaha untuk menerangkan yang penerangan YANG LEBIH EFFEKTIF. Nak memenangi hati semua orang memang sukar. 

4. Tidak dapat Tidak Pembangkang Mengadu Domba sentimen2 KEBENCIAN Di Kalangan Rakyat SEMATA MATA untuk kepentingan Politik Sendiri. Saya meminta yang disebelah sana jadi lah Wakil Rakyat yang bertanggungjawab. Isu GST bukan Isu Politik, ianya isu Kepentingan Negara. 

5. Bak kata pepatah “Hari Tidak Selalunya Panas”. 

Hasil Minyak dari Hasil Bumi Negara bukan senantiasa akan mengalir SELAMA LAMANYA, Wahai Pembangkang. Pencarian akan makin lebih sukar sehingga ke Deep Sea (Laut Dalam dgn Izin). PETRONAS TIDAK SELAMA LAMANYA AKAN UNTUNG BESAR. Itu perlu YANG kita ingat dalam menjalani hari hari yang mendatang. Kita tidak dapat tidak TERPAKSA mencari sumber hasil Negara yang Baru. Rakyat Negara ini perlukan Pembangunan sejajar dengan kemajuan Negara Lain. Adalah menjadi tanggungjawab kita, Tanggung Jawab Anda Anda Semua sebagai Wakil Rakyat, untuk terus Membangunkan Negara. Jadilah Wakil Rakyat yang lebih bertanggungjawab. 

Tuan Yang Di Pertua, 

6. Sebenarnya Rancangan PERLAKSAAN GST ini telah mula diketengahkan sejak tahun 1983 lagi dengan penghantaran pasukan penyelidikan ke Korea Selatan untuk melihat dengan lebih dekat pelaksaan GST disana. Ini sebenarnya adalah 30 tahun yang tertangguh. 


7. PJ Utara menyatakan ini BUKAN MASA YANG SESUAI. NAK TUNGGU BILA LAGI? Kalau kita kata INI BUKAN MASANYA NAK MELAKSANAKAN GST, Kenapa Dato Seri Anwar Ibrahim SENDIRI pada 30 Oktober 1992, pada masa itu beliau adalah Menteri Kewangan mengistiharkan Badget GST tahun Kewangan 1993. Tu yang saya pelik, duk kat SINI CERITA LAIN, DUK KAT SEBELAH DAH LAIN PULOK JADINYERRR… 

8. Ini jelas menunjukkan GST, bukan sesuatu yang TIDAK BAIK LANGSUNG. Kalau tak baik masakan Dato Seri Anwar sendiri yang umumkan dulu. Sampai bila lagi Kita Harus Menunda lagi? Saya faham perlaksaan GST ini bukan sesuatu yang POPULAR tetapi SEBAGAI KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB melihat keperluan dan kepentingan SEMUA PIHAK, tidak dapat tidak, Kerajaan harus meneruskan juga perlaksaan nya. Sebagai seorang Rakyat yang BERTANGGUNGJAWAB, kita MESTI menterjemahkan RASA TANGGUNGJAWAB dengan menyokong PERLAKSAAN GST ini. Tidak kisah lah kita Pembangkang atau Penyokong Kerajaan. 

Tan Sri Yang Di Pertua, 

9. Kerajaan sebenarnya mengambil masa yang mencukupi untuk menjalankan kajian dengan teliti dan menyeluruh serta mengambil kira semua pandangan sebelum membuat Pengumuman Perlaksaannya. Kerajaan tidak melaksanakan sesuatu itu tanpa perincian yang menyeluruh. 

10. Lebih 160 negara telah melaksanakan GST di serata Dunia ini. Hanya kurang daripada 10 negara yang masih tidak melaksanakan GST. Negara kita adalah hanya tergolong dalam sebilangan kecil ini, yang MASIH TAKUT untuk melaksanakan GST ini. SEKIRANYA GST INI ADALAH SESUATU YANG TIDAK BAIK, MEMBEBANKAN RAKYAT, MEMBANTUTKAN EKONOMI, MASA SEKARANG KONONNYA TIDAK SESUAI, MASAKAN NEGARA NEGARA INI TERUS BERJAYA melaksanakan GST dgn Jayanya? 

11. Saya tidak hanya membandingkan dengan Negara Negara Maju, tetapi juga dengan Negara Negara yang sepadanan dengan Negara kita, jiran jiran SERANTAU kita. Saya tahu ada yang berkempen kepada Rakyat, kononnya Negara kita ni tak mampu lagi, kenapa nak dibandingkan kepada Negara2 yang Kaya yang lain. Saya tidak membandingkan dengan Negara2 yang maju sahaja. Di kalangan Negara ASEAN, hanya Brunei dan Myanmar sahaja yang belum melaksanakan GST. Afghanistan, Bhutan dan TERMASUK TIMUR LESTE PUN sudah melaksanakan GST. Adakah Sosio Ekonomi Kita Rakyat Malaysia lebih teruk daripada rakyat Negara Negara ini??? 

Tuan Yang Di Pertua, 

12. Hanya 75,000 daripada 450,000 syarikat di Negara ini mempunyai fail cukai pendapatan. Ini amat sedikit pada hemat saya. Mungkin Menteri Kewangan mempunyai fakta2 yang lebih tetap. Walau fakta manapun kita lihat, DOK PUSING IKUT MANA PUN, satu yang pasti, adalah amat kurang PENIAGA PENIAGA yang Membayar Cukai. 

13. Dah lah ramai yang TIDAK BAYAR CUKAI. Dan daripada SYARIKAT yang membayar CUKAI, terlalu banyak ruang ruang untuk melakukan “Tax Evasion” dan kadang kala “tax Avoidance”. Terlalu banyak usaha2 untuk melakukan “Creative Accounting”, dan ini adalah amat tidak efficient dan merugikan Kerajaan. Peniaga peniaga ini pada hemat saya, yang DENGAN SEDAR DAN TAHU YANG melarikan Cukai adalah PENGKIANAT NEGARA. Jadi adalah TANGGUNGJAWAB kita untuk memaksa mereka2, Banjingan Banjingan Negara ini utk tidak terus melarikan Cukai. Kenapa kita perlu di tipu, kenapa kita perlu terus mendiam diri. 

14. Ada yang menyatakan dengan GST, Pengeluar, Pengilang, Pemborong, Pengedar dan Peniaga adalah HANYA AGEN MENGUTIP Cukai Bagi pihak kerajaan dan menyusahkan RAKYAT. KESEMUA CUKAI CUKAI INI DIKUMPULKAN, SEOLAH OLAH KESEMUA KENAIKAN ITU dilepaskan kepada Rakyat. KONONNYA RAKYAT SAHAJA YANG MENANGGUNG. INI JELAS TIDAK BENAR. Kerajaan memotong CUKAI SYARIKAT KORPORAT. Cukai2 Koperat ini dipotong untuk membantu supaya Peniaga2 tidak melepaskan tanggungan sepenuhnya GST kepada Rakyat. Pemotongan Cukai Syarikat atau Koperat ini bukan untuk Peniaga2 UNTUNG Dua Kali…. GEMUK LAH GITU Weahhh…. (kuar dah lorat lepeh) . 

15. UNTUK ITU, ADALAH PENTING JUGA KERAJAAN AKAN MELAKUKAN YANG TERBAIK, MELALUI KEMENTERIAAN BERKENAAN UNTUK MEMASTIKAN TIDAK SEMUA KOS PERCUKAIAN DILEPASKAN KEPADA RAKYAT, MENGUNTUNGKAN PENIAGA SEMATA2, SEDANGKAN KERAJAAN MENGURANGKAN CUKAI SYARIKAT. PENIAGA TIDAK BOLEH UNTUNG DUA KALI; MENDAPAT PERLEPASAN CUKAI DAN MENAIKAN HARGA DAN KEUNTUNGAN MEREKA. 

16. SAYA MENYOKONG AKAN DIADAKAN MAKMAL MAKMAL KAJIAN HARGA SEBELUM DAN SELEPAS PERLAKSANAAN GST. INI PENTING UNTUK MEMASTIKAN YANG PENGUNA ATAU RAKYAT TIDAK TERTIPU. JUGA PENTING PENGUATKUASA LEBIH SENANG DILAKUKAN. SAYA JUGA PERNAH MENYARANKAN KERAJAAN MEMINBANGKAN ANTI PROFITEERING ACT (AKTA KEUNTUNGAN YANG BERLEBIHAN), untuk mengekang MEREKA MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI. 

INI UNTUK MEMASTIKAN SEKIRANYA ADA KENAIKAN HARGA ADALAH YANG MINIMA, ORANG MUDA ORANG TUA, YANG BERKERJA YANG PENCEN, YANG DUDUK KAT KAMPUNG YANG DUDUK KAT BANDAR, ……YANG NAK KAWIN, GOLONGAN BUJANG TIDAKLAH MENANGUNG BANYAK SANGAT DARI KESAN GST. 

TAN SRI YANG DIPERTUA 

17. Saya telah memberi Contoh semasa membahaskan Titah Ucapan Diraja 3 minggu lepas. Saya ingin mengulang sedikit kerana Contoh ini amat baik utk kita sama meneliti. GST adalah satu sistem kutipan hasil yang lebih telus. Ekonomi Hitam (Black Economy) yang mana peniaga peniaga berterusan tidak membayar cukai atau kurang membayar cukai, termasuk menjual barangan yang tidak bermutu dapat dipantau dan berkemungkinan besar dihapuskan. Sebagai contoh, bila mana kita menukar “Spare Parts”, di kedai kedai membaiki kereta, kita sekarang ini hanya menurut sahaja harga yang di minta oleh mekanik. “TOKEY, INI GEAR BOX SUDAH ROSAKLAH TOKEY”. KITA TAK TAHU KE APA2, PUN TUKARLAH. 


18. Kita tidak tahu samada barangan itu yang tulin atau tidak, dari mana asal pembuatannya. Dari German kah, Dari Jepun kah atau dari Balakong kah? Hasilnya, rakyat tertipu. Kita tidak mahu Rakyat terus tertipu dan kutipan kerajaan kurang daripada yang sepatutnya. Dengan adanya GST, Black Economy ini akan dapat diatas disamping menaikkan kutipan hasil Negara. 

Tan Sri Yang Di Pertua, 

19. Saya betul2 hairan kenapa kita masih mahu mempertahankan Golongan Golongan yang mahu melarikan Cukai. Kita adalah Wakil Rakyat di Dewan yang Mulia, satu institusi yang TINGGI. Bukankah kita memerlukan Hasil Kutipan Tax untuk merancakkan Ekonomi Negara? Memang akan ada kenaikan Harga, itu awal awal lagi Pihak Kerajaan sudah beritahu. Kenaikan yang sedikit dan yang amat berpatutan. 

20. Kenaikan yang MELAMPAU adalah Dari Golongan PENIAGA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Kenapa kita terus menerus mempertahankan PENIAGA YANG SELALU MELARIKAN CUKAI INI? Apa yang lebih penting pada saya, SEMUA WAKIL RAKYAT TAK KIRA LAH YANG DUDUK KAT SEBELAH SANA KA, SEBELAH SINI KE, YAN DUDUK KAT LUAR KA MINUM KOPI, MELAKUKAN sesuatu untuk membantu kerajaan mencari formula untuk memastikan Harga naik SECARA MINIMA, Peniaga2 yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI PERHAMBATKAN, DEMI KEPENTINGAN RAKYAT NEGARA INI. 

21. PEMBANGUNAN NEGARA INI BUKAN MASALAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL SEMATA MATA, DAN BUKAN SAHAJA TANGGUNGJAWAB MENTERI2… INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA, SEBAGAI WAKIL RAKYAT… SEMUA SEKALI. 

22. INI TIDAK ASYIK NAK MEMBANGKANG TAK HABIS. CARI DARI SEGALA SUDUT NAK CARI SALAH. TAK CUKUP TU, PUSING “CORNER”, ORANG LEPEH CAKAP KONAR SANA SINI. 

23. Dan sekiranya ada sekyen seksyen didalam RANG UNDANG UNDANG INI YANG PERLU DIBAIK TAMBAH, SEBAGAI WAKIL RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB, TOLONGLAH BERI CADANGAN CADANGAN YANG BERGUNA, DEMI KEPENTINGAN MASA DEPA NEGARA. 

24. Saya bersetuju dilaksanakan CUKAI DURIAN RUNTUH (WINFALL TAX), seperti yang diperkatakan PANDAN. BUATLAH USUL, BAHAS DAN BINCANGKAN. KITA TIDAK ADA MASALAH NAK MELAKSANAKAN APA APA YANG BAIK UNTUK RAKYAT. 

Tan Sri Yang Di Pertua, 

25. Negara ini Negara Demokrasi, nak berperang ke, nak berkempen ke, kita tunggu 4 tahun lagi. Tetapi sebelum itu, marilah sama sama kita menjadi seoarang NEGARAWAN, untuk membangunkan NEGARA INI. Negara ini perlukan PEMBANGUNAN, RAKYAT PERLU PEKERJAAN, KEMUDAHAN SETANDING NEGARA LAIN. 

26. Kita suka membandingkan dengan Negara Negara Yang Maju yang lain. Kita nak itu dan Kita nak ini. Semuanya nak. Semasa insiden baru2 ini kita bising KONONNYA kita RADAR KITA tidak BERKUALITI KONONNYA. NAK KAN INFRA STRUKTUR YANG SETANGDING DENGAN NEGARA NEGARA MAJU YANG LAIN. Nak beli dengan apa? KENA LAH KITA MEMPERTINGKATKAN TAHAP KEBERKESAAN PERCUKAIAN KITA SUPAYA LEBIH BANYAK YANG DAPAT DI KUTIP DARI PENIAGA YANG SELAMA INI MELARIKAN CUKAI. Tapi kita tidak ade sedikit pun usaha2 untuk membangunkan NEGARA. 

Tuan Yang Di Pertua, 

27. GST bakal memberikan nilai tambah pada kantung Negara dalam lingkungan RM20 billion hingga RM30 billion pada tahap MATANG atau “Maturity” (ucapan Dato Seri Idris Jala (PEMANDU)). DUIT TAMBAHAN INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA KITA. DUIT INI BOLEH DISUNTIK KEMBALI KEDALAM EKONOMI KITA. Secara ringkas, GST adalah sebuah sistem kutipan CUKAI yang EFFICIENT. Saya tahu usaha ini bukan sesuatu yang MUDAH untuk dilaksanakan. 

Tuan Yang Di Pertuan, 

28. Walau apapun kebaikan GST, ada sahaja yang tidak kena pada pandangan PEMBANGKANG. Mereka cuba memainkan isu secara berterusan untuk memastikan rakyat dapat menghadam sekali gus menerima semua tohmahan ini tersebut dan menganggap ia sebagai perkara yang betul. Itulah resam pembangkang, mereka akan cuba menjadikan semua isu untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan. 

29. Tohmahan dan dakyah palsu ini perlu di tangani dengan bijak oleh Kerajaan. Pada Hemat saya rata rata, PENJELASAN DAN PENCERAHAN YANG MENYELURUH BELUM LAGI BERJAYA DILAKUKAN OLEH AGENSI AGENSI KERAJAAN kepada kebanyakan Rakyat Malaysia. Terlalu banyak kesalah fahaman berkenaan GST ini. Rakyat MALAYSIA PERLU diberikan PENERANGAN YANG MENYELURUH BERKENAAN GST INI, terutama Penjelasan “CASE FOR ACTION” (Dengan Izin) dan WHAT IS IT FOR ME (APA KESAN GST KEPADA SAYA? perlu diperhebatkan. 

Tan Sri Yang Di Pertua, 

30. Professional Speakers 

GST adalah dalam bidang Tax atau Percukaian. Topik Percukaian ini adalah termasuk topic yang kompleks untuk difahami. Saya mencadangkan supaya Penceramah berkenaan GST adalah daripada kalangan Professional, yang betul betul pakar dalam Bidang tax. Di samping itu Penceramah Professional ini juga perlu memberi Penjelasan dengan menarik untuk meneruskan tumpuan Pendengar. Untuk penerangan GST, oleh kerana ianya agak kompleks, ia memerlukan bukan sahaja fakta fakta yang meyakinkan tetapi juga PENYAMPAIAN yang CEMERLANG. Saya faham yang penceramah sekarang adalah dari Kastam, dan saya meminta Kementerian untuk menilai keberkesaan penerangan oleh pihak Kastam. Mungkin kita perlu membayar sedikit kepada mereka yang betul2 pakar menyampaikan Penerangan GST, untuk memastikan keberkesanan PENERANGAN GST. 

31. Di Alaf baru, PENERANGAN juga perlu untuk di perbanyakan melalui media BARU. Sekarang orang akan mengeluh sekira disesuatu kawasan itu TIADA WIFI, LEBIH DARIPADA KALAU TIADA TV. KETAKSUBAN kita terhadap INTERNET, FB, Twitter, U Tube, dan lain lain medium media baru amat terselah. 

32. Oleh itu PENERANGAN BERKENAAN GST PERLU untuk MENGGUNAKAN DAN DIPERBANYAKKAN MELALUI MEDIA BARU. KITA PERLU LEBIH KREATIF LAGI. Perbanyakan Video Video dan Viralkan kepada semua. Apa pun maklumat perlu disebarkan, bukan hanya disimpan di dalam mana mana PORTAL KERAJAAN. Gunakan Sponsored Features, Sponsored Videos untuk penyebaran yang maksimum. 

Tan Sri Yang Di Pertua, 

33. GST adalah system Cukai yang efficient dan Cekap. Adalah tanggungjawab kita, BUKAN KEPADA PARTI2, TETAPI KEPADA MALAYSIA DAN RAKYATNYA UNTUK BERSAMA SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA. SAYA MENYERU SEMUA, AHLI PARLIMEN, BAIK DARI SEBELAH SINI MAHUPUN SEBELAH SANA MENYOKONG PERLAKSANAAN GST. Dan sekiranya ada dalam segi perlaksanaan yang Pihak Kerajaan perlu diubah, minta semua menyumbang buah fikiran supaya GST dapat dijalankan sebaiknya. Berilah buah fikiran, bukan tohmahan yang tidak Berasas. 

Tan Sri Yang Di Pertua, 

Saya Menyokong Rang Undang undang ini.

(Difahamkan ini Hujah MP Lipis Dato Abdul Rahman Mohd)

GRAFIK : www.1peluru.com



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Perbahasan Rang Undang Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 #GST Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 13 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!