Thursday, 3 April 2014

Pelancong China Diculik Pasukan Perompak Di Sabah


Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.


Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Gambar menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan mereka dikawal oleh anggota pasukan keselamatan Malaysia yang beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru.




Baca juga :


http://sangkakalajari9.blogspot.com/2014/04/pelancong-dan-pekerja-di-sempoerna-di.html?m=1 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pelancong China Diculik Pasukan Perompak Di Sabah Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!