Tuesday, 29 April 2014

PAS Rayu DAP Lepaskan Hudud?! #Hududkelantan #Hudud

PAS meminta DAP menghormati hak parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) berkenaan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan untuk dibahaskan di Parlimen.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi peringatan awal kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat itu supaya membenarkan sistem demokrasi dalam menentukan keputusan akhir kepada pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

PAS juga menyeru pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang hudud ini supaya sekurang-kurangnya menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

“PAS berulangkali menegaskan bahawa apa jua agenda dan dasar yang hendak di bawa PAS, ianya tidak akan dipaksakan ke atas rakyat atau di laksanakan secara ‘pintu belakang’ melalui cara-cara yang diluar dari kaedah Perlembagaan dan undang-undang.


“Jika sekiranya ketentuan proses demokrasi tersebut tidak menyebelahi kehendak PAS, kami akan akur dan bersedia menerima apa jua keputusan,” katanya di dalam satu kenyataan, Isnin.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mengulangi pendirian yang dibuat oleh PASi untuk memberikan penerangan melalui dialog atau perbincangan bagi memberikan pemahaman berkenaan undang-undang tersebut.Kenyataan itu bagi menjawab desakan supaya PAS keluar dari PR seandainya parti itu berkeras untuk melaksanakan hudud yang memang ditentang oleh DAP seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membuat kenyataan bahawa Majlis Kepimpinan PR bersetuju untuk melaksanakan hudud di Kelantan namun telah dibidas oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, kenyataan tersebut amat mengejutkan memandangkan majlis tersebut tidak pernah membuat keputusan sebegitu sambil medesak Hadi memberikan bukti menegnai dakwaan beliau itu.

“Amat mengejutkan Hadi mendakwa Majlis Kepimpinan PR bersetuju melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

“Jika kenyataan itu dikeluarkan oleh Hadi, maka, beliau silap dan perlu mengemukakan bukti,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu di dalam satu kenyataan baru-baru ini. -bnbbc.my


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PAS Rayu DAP Lepaskan Hudud?! #Hududkelantan #Hudud Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 29 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!