Friday, 11 April 2014

Parah Diserang Kongsi Gelap DAP?!

Butterworth, 11 April - Dua lelaki cedera parah diserang sekumpulan anggota kongsi gelap ketika sedang minum di sebuah kedai di Pasar Awam Sama Gagah, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-duanya, masing-masing berusia 46 dan 58 tahun itu cedera parah di seluruh badan akibat dikelar dan ditikam lebih 20 lelaki bersenjatakan parang dan pisau dalam kejadian 5 petang itu.

"Lebih 20 lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun yang menaiki tujuh kereta itu bertindak memukul dan menikam mangsa tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

"Orang ramai cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal dan mereka menghubungi polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Cegah Kecurian Motosikal Peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu kini masing-masing dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini dan Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Mangsa yang dirawat di HPP berada dalam keadaan kritikal dan boleh dikatakan seluruh badannya terdapat kesan tikaman dan kelar," katanya.

Abdul Rahim berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa gagal membayar hutang kepada kumpulan kongsi gelap berkenaan.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti anggota kongsi gelap yang terlibat dalam kejadian itu dan usaha menjejak mereka giat dijalankan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Abdul Rahim berkata kes kecurian motosikal bagi Januari hingga Mac tahun ini ialah 210 kes, hanya meningkat satu kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jumlah tangkapan melibatkan kes kecurian motosikal di Pulau Pinang bagi tempoh itu tahun ini ialah 228 orang melibatkan lingkungan umur 18 hingga 45 tahun, katanya.- BERNAMA


Sah, Ini geng along yang dibela dek taukey² kat sana.. baca sini :



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Parah Diserang Kongsi Gelap DAP?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!