Thursday, 10 April 2014

Oh Suamiku!

RAKAMAN PERCAKAPAN KES KEHILANGAN ISTERI :

Seorang suami membuat laporan di balai polis tentang kehilangan isterinya :

Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 mlm tadi dia belum pulang ke rumah... (dgn nada kerisauan)

Inspektor : Pukul berapa keluar rumah?

Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya..

Inspektor : Umur isteri?

Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua...

Inspektor : Berapa ketinggian isteri?

Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya

Inspektor : Kurus atau gemuk?

Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya.

Inspektor : Warna kulit?

Suami : Mmm... agak cerah

Inspektor : Warna rambut?

Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf...

Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?

Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar

Inspektor : Warna baju?

Suami : Tak perasan tuan..

Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?

Suami : Ya betul. Kereta saya..

Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?

Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.

….dan tiba-tiba si suami menangis...

Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari kete BMW encik..

IKTIBAR :-
•lebih ingat kereta dari isteri?!!
•isteri pakai baju kaler apa semalam?!! ..ingat tak..?

Oh Suami..Renung2 kan..

*Gambar Hiasan : Yana Samsuddin

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oh Suamiku! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 10 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!