Thursday, 24 April 2014

MP DAP Jelutong Syorkan Menteri Besar Berundur! #selangorku #airselangor

Keperitan hidup ekoran catuan bekalan air di Selangor yang sebelum ini hanya diluahkan rakyat biasa, kini turut dirasai wakil rakyat.

Justeru, kesal kerana bekalan air di rumahnya juga sering dicatu, ahli parlimen DAP menuntut agar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat kerana didakwa gagal mengatasi masalah tersebut.

Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menererusi Facebooknya berkata, masalah bekalan air itu menyulitkan urusannya hingga terpaksa “mandi kerbau” (mandi cincai) setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya.

“Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.


“Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.

“Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang ‘tidak guna’ ini,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Tulisannya itu mendapat perhatian meluas rakannya di Facebook yang meninggalkan lebih 80 komen di tulisan tersebut para pengikutnya itu antara lain bertanya sekiranya beliau yakin pengganti Khalid akan dapat menunjukkan prestasi lebih baik dari sedia ada.Mengulas komen tersebut, Jeff Ooi menyoal kembali mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan.

“Jika penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali lebih baik daripada Khalid, kenapa tidak?,” katanya.

Khalid dalam kenyataanya semalam berkata, beliau akan membuat pengumuman pada minggu depan sama ada akan meneruskan atau menghentikan pelan catuan air di negeri Selangor. Katanya, kerajaan negeri mengambil kira bahawa bekalan air di negeri itu hanya boleh bertahan selama 29 hari sekiranya catuan tidak diteruskan. - sumber







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
MP DAP Jelutong Syorkan Menteri Besar Berundur! #selangorku #airselangor Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 24 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!