Sunday, 27 April 2014

Kerajaan Selangor Nafi Hak Rakyat Selangor - Shamshidar

Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan telah membuat kesilapan besar apabila tidak membenarkan pembinaan Projek Langat 2 di negeri itu.

Pegawai Bank, Rokiah Mohamad, 37, berkata pembinaan projek itu sepatutnya telah dipersetujui sejak tahun 2009 memandangkan amaran Kerajaan Persekutuan mengenai krisis air yang buruk yang telah dijangka berlaku pada tahun ini.

"Suatu kesilapan yang besar dan sepatutnya kerajaan Selangor patut bersetuju membina empangan Langat 2 kerana sekarang ia jelas menyusahkan rakyat.

"Krisis air yang berlaku sekarang sangat membebankan kerana walaupun saya telah menggunakan tong untuk mengumpul air tetapi ia tidak mencukupi kerana keluarga yang agak ramai," katanya kepada RakyatNews ketika ditemui di AU2 Keramat di sini hari ini.

Sementara itu, suri rumah, Nor Shamshidar Ismail, 42, beliau merasakan kerajaan Selangor sepatutnya menjalinkan kerjasama yang baik dengan Kerajaan Persekutuan dan mengetepikan perbezaan ideologi politik demi kepentingan rakyat.

"Seelok-eloknya mereka perlu bersatu sesama pemimpin, cuba lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban kerana masalah air ini akibat tidak sepakat.

"Semenjak ketiadaan air ini, saya memang rasa cukup terbeban terutamanya apabila mengingatkan tentang pakaian anak untuk ke sekolah dan semenjak krisis ini saya sekeluarga tidak berani untuk keluar beriadah dan berjumpa sanak-saudara kerana bimbang tidak dapat menyimpan yang cukup untuk menghadapi catuan," katanya. - Rakyatnews.com




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kerajaan Selangor Nafi Hak Rakyat Selangor - Shamshidar Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 27 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!