Thursday, 17 April 2014

Karpal Singh SAH Mati Kemalangan #RIP #karpalsingh


Takziah @GobindSinghDeo

Seluruh Malaysia pastinya terkejut dengan berita yang bakal menyentap penyokong pakatan rakyat terutama penyokong DAP yang mana Karpal Singh telah meninggal dunia akibat kemalangan di KM301.6U (Gua tempurung) pada jam 1.00 pagi 17 april 2014.

Karpal Singh maut ditempat kejadian bersama seorang lagi bernama C Selvam manakala 2 penumpang lagi cedera parah. 

Butir kemalangan ianya bermula apabila sebuah MPV jenis Toyota Alphard bernombor pendaftaran KS 9898 dilaporkan melanggar bucu sebuah lori bernombor pendaftaran WTL 9909 yang melalui lorong kiri.


Semoga kita semua dapat menghormati mendiang Karpal Singh yang telah terkorban. Walaupun beliau dikerusi pembangkang itu bukan alasan untuk kita mencaci atau mempolitikan perkara ini. Kehilangan besar ini dapat dirasai kerana Karpal Singh boleh dikatakan berprinsip dan jujur dalam perkataan beliau walaupun kadang kala tidak senada dengan PAS dan PKR.

Saalam Takziah kepada keluarga mangsa..

UPDATE 3.11am

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. sumber : utusan.com.my 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Karpal Singh SAH Mati Kemalangan #RIP #karpalsingh Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!