Tuesday, 1 April 2014

INFO : Awas Penipuan Siber [teknik baru]


Memancing mangsa dengan tawaran kerja sebelum menjadikan akaun pemohon sebagai transit pemindahan duit hasil daripada penipuan siber yang lain. 

Modus Operandi
  1. Sindiket akan menawarkan pekerjaan palsu melalui iklan di akhbar.
  2. Individu yang berminat akan membuat panggilan telefon kepada nombor telefon yang tertera di iklan tersebut.
  3. Sindiket akan mengarahkan pemohon membuka akaun bank dengan alasan untuk memudahkan pembayaran gaji.
  4. Walaubagaimanapun, akaun bank dan kad ATM milik pemohon pekerjaan digunakan oleh pihak sindiket untuk menyimpan duit haram yang dipindahkan daripada akaun mangsa penipuan lain kepada akaun berkenaan. 
  5. Pihak sindiket kemudian mengeluarkan kesemua duit daripada akaun milik pemohon pekerjaan tersebut. 

Nasihat polis :
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat sebelum memohon pekerjaan yang ditawarkan. - PDRMsia



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
INFO : Awas Penipuan Siber [teknik baru] Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 1 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!