Friday, 25 April 2014

#hudud Kita minta PAS Jawap - Azizah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdolak-dalih mengenai pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda utama sekutu dalam Pakatan Rakyat sendiri iaitu PAS.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu tersebut sengaja dibangkitkan semula untuk memecahbelahkan parti di dalam Pakatan Rakyat.

“Isu ini sering dimainkan oleh pihak musuh kerana mereka ingin lihat parti dalam Pakatan Rakyat berpecah-belah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Jelas Wan Azizah, pelaksanaan hukum hudud sebenarnya masih lagi diperhalusi oleh ketiga-tiga parti ketika ini.

“Ia masih lagi diteliti dan keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.Kita adakan perjumpaan (untuk berbincang mengenainya) pada Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya.

Wan Azizah berkata, PAS perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada sekutunya mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu.

“Kita minta PAS untuk perjelaskan hasrat mereka berhubung perkara itu.Kita berpegang kepada Perlembagaan negara iaitu Islam adalah negara rasmi tetapi pada masa sama menghormati kebebasan agama lain,” katanya.

Hukum hudud kembali hangat diperkatakan apabila, kerajaan PAS Kelantan bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan daripada sekutunya, DAP dan PKR.

Pendirian itu dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 10 April lalu yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sesekali berganjak daripada keputusan tersebut.

Terdahulu, Anwar berkata, PAS perlu ruang secara adil untuk memberikan penjelasan dan pemahaman secara terpinci kepada sekutu mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud.

“Perkara ini perlu dilihat berasingan dalam konteks Kelantan dan Pakatan Rakyat. Kita hormati enakmen yang diluluskan sebelum pakatan pembangkang ditubuhkan,” kata Anwar. - mstar


Daeng :
Azizah terlalu cetik penilaian beliau dalam menyelar parti lawan kerana membangkitkan hal hudud ini sedangkan rata-rata perjuang hudud sendiri mempunyai suara mereka sendiri bukanlah parti lawan.

Jika Azizah dilihat lantang kali ini adalah mungkin untuk menyelamatkan PKR dalam kancah perebutan kerusi presiden yang baru baru ini menjadi kontrovesi dalaman yang jelas memecahbelahkan mereka adalah mereka sendiri.

Azizah jangan tunding jari pada orang dimana PAS sendiri ada suara mereka..Cucu ajak pergi tesko pon dah tak ada masa Azizah oi...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#hudud Kita minta PAS Jawap - Azizah Daeng Selili Rating: 5 Friday, 25 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!