Wednesday, 23 April 2014

Dr.Maza pujuk Anwar tarik hadith salah

Dr. Maza menulis : 

"Saya tindak pasti sejauh mana ketepatan laporan akhbar rasmi Parti Keadilan ini. Jika benar ia merupakan satu tokok tambah kepada hadis Nabi s.a.w. Walaupun hadis Nabi s.a.w tentang bangun ketika jenazah yahudi lalu itu sahih namun tiada tambahan 'tunduk dan diam' dalam mana-mana riwayat. Jika tidak, pasti para sarjana tiada khilaf tentang 'illah (punca hakiki) bangun tersebut. Adalah dilarang menokok tambah hadis yang memberikan implikasi makna lain dari maksud asal sesebuah riwayat.

Semua pihak kena berhati-hati berkaitan hadis. Sebelum ini kita ada ulama muda sebuah parti yang sering meletakkan hadis luar dari konteks untuk maksud politik mereka. 

Sehingga menyatakan harga naik ketetapan Tuhan untuk menjustifikasikan keadaan politik yang ada tapi tidak pula mahu menyatakan air tiada itu ketetapan Tuhan kerana itu tidak menguntungkan politik mereka. Ada penceramah yang membawa hadis palsu dalam menarik pendengar. Jangan pula ada yang menokok tambah hadis untuk menjustifikasikan tindakan politik tertentu.

Jenazah bukan muslim dihormati dengan cara yang Islam ajar kita, tidak memerlukan 'penambahan sendirian berhad' ke atas riwayat yang sahih. Pihak berkenaan hendaklah menarik balik penambahan tersebut."

Komen Abu Aqif: Setelah didesak akhirnya Dr Maza telah mengeluarkan kenyataannya di facebook. Walaupun Dr Maza amat berat menyebut nama Anwar Ibrahim namun umum mengetahui bahawa beliaulah yang dimaksudkan oleh Dr Maza. Saya sertakan di sini keratan kenyataan Dr Maza yang fokus kepada isu Anwar Ibrahim.

Jadi, dengan pengesahan dari Dr Maza tersebut, sudah jelas di sini bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan kesalahan mengubah hadith. Beliau perlu bertaubat dan menarik semula kata²nya secara terbuka kerana jika tidak, keislamannya akan diragui dan dipersoalkan.



Walaupun lambat dan tidak seperti responnya kepada kesalahan kecil kerajaan, kami tetap berterima kasih kepada Dr Maza dengan pengesahan dari beliau.

Dr Maza telah meminta Anwar Ibrahim menarik semula kata-katanya namun timbul satu persoalan. Adakah Anwar Ibrahim akan menarik semula kata-katanya?

Sebelum ini Dr Maza juga sudah menggesa Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah namun Anwar Ibrahim sedikit pun tidak memandang kepada gesaan Dr Maza tersbut. Anwar Ibrahim tetap tidak bersumpah walaupun mahkamah telah memutuskan kesalah liwat tersebut memihak kepada beliau.


Jadi sekali lagi, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menarik semula kata-katanya mengubah hadith secara terbuka? - abuaqif.blogspot.com



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dr.Maza pujuk Anwar tarik hadith salah Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 23 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!