Tuesday, 22 April 2014

Demo GST Di Stadium Merdeka

Polis mencadangkan perhimpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei depan di Stadium Merdeka, ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberikan cadangan itu memandangkan penganjur tidak mendapat kebenaran DBKL mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

“Penganjurkan dicadangkan mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka. Polis akan menyelia perhimpunan tersebut seperti diperuntukkan di bawah Akta Perhimpuan Aman,” katanya Zainuddin.

Beliau sudah memaklumkan cadangan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengadakan pertemuan dengannya yang turut disertai Naib Presiden PKR Tian Chua serta Dr Hatta Ramli daripada PAS dan Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong..

Bagaimanapun katanya, Mohamad menjelaskan bahawa mereka masihg mahu mengadakaan perhimpuan di Dataran Merdeka.

“Saya menasihatkan mereka berjumpa dan berbincang dengan DBKL sebagai pemilik Dataran Merdeka jika masih mahu meneruskan perhimpunan di tempat itu.

Menjawab soalan, Zainuddin mengakui tempoh 10 hari untuk penganjur memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan itu sudah berlalu.


Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, Dataran Merdeka masih kekal sebagai lokasi perhimpuan seperti yang dijadualkan.

“(Lokasi himpunan) tidak berubah. Ada bahagian penambahbaikan, ada bahagian kosong (tanpa penambahbaikan).

“Kumpulan NGO akan berhimpun di KLCC dan penyokong parti politik akan berada di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

“Kita beri jaminan akan kerjasama dengan polis supaya tidak berlaku gangguan kepada orang awam dan kita tidak mahu mewujudkan ketegangan,” katanya.

Mohamad atau Mat Sabu menjangkakan seramai 15,000 orang akan menyertai perhimpunan yang dianjurkan Jawatankuasa menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dipengerusikan oleh S Arutchelvan yang juga setiausaha agung Perti Sosialis Malaysia (PSM). - bnbbc.my







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Demo GST Di Stadium Merdeka Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 22 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!