Tuesday, 29 April 2014

Chegu Bard Badut Azmin Jalut

Pemilihan "beruk sarkas" paling rare abad ini?!

Baru selesai peringkat pusingan minggu pertama, proses pemilihan PKR 2014 sudah kecoh dan riuh rendah dengan tuduh menuduh berlaku penipuan undi, tiada ketelusan dan ketidakadilan.

Ia memaksa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR pada Isnin membuat kenyataan akan menyiasat dakwaan mengenai penipuan undi yang dikatakan membabitkan penyandang jawatan Timbalan Presiden Mohd Azmin Ali yang bertanding bagi mempertahankan kerusinya.


Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Johari Abdul berkata, beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.

“Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.

“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Kelana Jaya, Isnin.

Seorang ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali.

Selain membuat kenyataan kepada saluran berita televisyen kabel Astro Awani pada Ahad, beliau turut menyebarkan gambar menunjukkan beberapa lelaki bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu di laman media sosial.

Johari mengakui pihaknya menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu selain daripada Chegu Bard.Bukan saja Chegu Bard (Badrul) ramai lagi buat aduan,” kata Johari.

CheguBard berkata selama ini, PKR mengkritik proses pilihan raya yang dikendali Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa banyak penipuan dan salah urus.

Justeru beliau mahu JPP perlu bertindak tegas ke atas penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam pemilihan kali ini.

Tindak tanduk Chegu Bard sebaliknya dibidas seorang penyokong Azmin, Mohd Eekmal Ahmad yang dilaporkan Astro Awani berkata, CheguBard tidak sepatutnya membuat ‘hukuman’ sendiri dengan berkempen agar pencalonan Azmin dibatalkan.

“Kalau sudah ada bukti yang cukup, serahkan lah kepada Datuk Johari dan JPP buat keputusan, kenapa perlu buat kenyataan desak supaya penyertaan Azmin dibatalkan?,” kata Mohd Eekmal.


Tetapi pihak yang mempertikaikan Saifuddin tidak pula berkempen agar Saifuddin dibatalkan dari bertanding sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan JPP yang diketuai Johari untuk memastikan pertandingan yang telus.Mohd Eekmal memberi contoh beliau sendiri serta ramai lagi ahli PKR yang mempertikaikan tindakan Datuk Saifuddin Nasution yang bertanding tanpa melepaskan jawatan Setiausaha Agong parti yang dipegangnnya.

Ekmal dan beberapa pihak lain dalam PKR berpendapat Saifuddin sepatutnya meletak jawatan kerana sebagai setiausaha agung, beliau perlu membentangkan laporan pemilihan ketika kongres PKR nanti.

“Macam mana dia (Saifuddin) nak bentangkan laporan kalau dia sendiri bertanding, sepatutnya laporan dibentangkan oleh mereka yang tidak bertanding,” kata Ekmal.

Selain di Sarawak, portal berita Agendadaily melaporkan wujud juga kekecohan di kawasan lain hingga memaksa ada yang ditangguhkan proses pengundian ke tarikh lain.

Di Pahang, gara-gara rumah kediaman dipilih sebagai lokasi pengundian, pemilihan PKR Cabang Paya Besar terpaksa ditangguhkan akibat bantahan daripada kepimpinan cabang itu sendiri.

Ini berikutan pemilihan rumah seorang aktivis yang terletak di Permatang Badak, yang dijadikan lokasi pengundian oleh PKR negeri dilihat tidak bertepatan dengan kedudukan PKR sebagai sebuah parti nasional, sekali gus boleh menjejaskan imej.

Pengundian PKR Cabang Jerantut yang sepatutnya berlangsung di sebuah restoran di bandar itu turut ditangguhkan atas sebab masalah teknikal yang difahamkan berkaitan dengan kelayakan salah seorang calon Ketua Cabang, sekali gus mengundang bantahan daripada ahli.

Kekecohan juga berlaku di 12 lagi cabang PKR Pahang, namun proses pemilihan dapat diteruskan. Antaranya di Cabang Kuantan, apabila seorang individu membuat bantahan terbuka mendakwa tidak dibenarkan mengundi sedangkan namanya berada dalam senarai ahli yang layak memilih.

Difahamkan individu terbabit dibatalkan kelayakannya kerana telah mengumumkan keluar parti dan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Proses pemilihan PKR diadakan mengikut zon, dengan minggu pertama pengundian apada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli pengundian di zon Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

Manakala minggu terakhir ia melibatkan zon Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Barisan kepimpinan baharu dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan.

Namun sebelum itu, orang ramai akan terus mengikuti apakan drama seterusnya selama tiga minggu lagi di baki tiga buah zon pemilihan PKR.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Chegu Bard Badut Azmin Jalut Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 29 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!