Sunday, 27 April 2014

Bahaya Air Lombong Untuk Rakyat Selangor

Kerajaan Selangor hari ini dalam pemikiran singkat mengesyorkan rakyat Selangor menerima idea menggunakan air lombong sebagai sumber air untuk negeri itu sedangkan kita sedia maklum bahawasanya air lombong dikelaskan dalam beberapa peringkat sehinggakan ada yang dikuatiri mempunyai enapan yang berbahaya.

Ingatkah kalian beberapa kes sekitar tahun 70-80an bagaimana lumpuh/matinya pendulang bijih timah akibat kerosakan buah pinggang atau kanser akibat terdedah dengan air yang mempunyai logam berat?!



Dari portal suaratv.com menulis:

Pada 2012 anggota exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar pernah dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor akan menggunakan air dari bekas lombong bagi menampung keperluan di Lembah Klang pada masa akan datang.

Air dari lombong tinggal tidak sesuai dijadikan air minum kerana mengandungi kandungan logam berat yang tinggi dan membahayakan kesihatan pengguna, kata seorang pakar

Sehubungan dengan itu Pensyarah Jabatan Kimia,Fakulti Sains Universiti Malaysia(UM) Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah berkata, selain itu, air lombong juga mengandungi bakteria dan mikroorganisma yang mungkin mengancam kesihatan manusia.

“Apabila aktiviti pelombongan dilaksanakan, tanah dikorek sehingga beratus meter dalamnya dan ini mendedahkan pengguna kepada berbagai mineral lain terutamanya logam berat antaranya plumbum, kromium, arsenik dan merkuri,” katanya.

Pada 25 April 2014-Sinar Harian menyiarkan satu artikel di muka surat 22 dengan tajuk”Air lombong tidak berbahaya:Awer.

Awer adalah persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia menjelaskan,kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan kerana kajian telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas)

Presidennya,S,Piarapakaran berkata,air bekas lombong disalurkan terus ke Sungai Selangor yang kandungan dilarutkan bersama air sedia ada dan ia tidak lagi berbahaya kepada pengguna.

“Pada pendapat saya,kandungan air dari bekas lombong yang disalurkan terus ke sungai Selangor tidak bahaya lagi kerana air dalam sungai telah sedia ada.

Jadi air lombong masuk ia dilarutkan dan tidak berbahaya kerana dari lombong ke sungai terus ke loji rawatan.kata beliau pada Sinar Harian,semalam.

Bagaiamanapun,Awer meminta JAS,JPS dan LUAS mendedahkan laporan sampel kajian kandungan air lombong yang telah diperiksa.

Piarapakaran berkata,parameter sampel kandungan air bekas lombong berkenaan harus dipaparkan kepada umum supaya pengguna tidak ragu-ragu dengan kebersihannnya.

Apakah parameter yang mereka telah kaji kerana umum maklum memang ada kandungan logam berat dan sedikit radioaktif tidak bahaya dalam lombong,’’katanya.

Menurut beliau lagi,pekara yang harus dititikberatkan ialah parameter persampelan ujian air lombong berkenaan.

Sekarang in memang hujan,kalau uji hanya I permukaan memang tak bahaya,air dasar juga harus sedikit kandungannya.

“Kandungan air dasar dan dipermukaan adalah berbeza.Oleh itu parameter kajian wajar diperincikan.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Selangor serta cadangan merawat dan menaps air bawah tanah,hujan dan sungai yang dikatakan lebih menjimatkan berbanding projek membangunkan insfratruktur pemindahan air dari Pahang menerusi pembinaan Loji Langat 2.

Sebelum ini Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan masalah air Selangor mendapat sedikit kelegaan apabila air dari kolam disekitar sungai Selangor dipam kedalam sungai untuk meningkatkan aliran pada musim kering.

Jadi,hidangan air lombong untuk rakyat Selangor nampaknya menjadi kenyataan .


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bahaya Air Lombong Untuk Rakyat Selangor Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 27 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!